Vatican Gereja Katolik Rom Akhirnya Akui Islam Adalah Agama Terbesar di Dunia


Kota Vatican, markas besar Gereja Katolik Rom, akhirnya mengakui bahawa Islam sekarang telah menjadi agama yang terbesar di dunia.

"Untuk pertama kalinya dalam sejarah, kita tidak lagi berada di kedudukan teratas. Umat Islam telah mendahului kami," kata Monsignor Vittorio Formenti dalam sebuah wawancara dengan surat khabar Vatican L'Osservatore Romano.

Setelah menunggu lama secara rasmi Vatican akhirnya mengakui bahawa Islam adalah agama yang paling lazim di dunia, dan melewati kristen lebih dari tiga juta di seluruh dunia selama hampir setahun yang lalu, dan menjadi agama yang banyak dianuti oleh warga barat menurut kenyataan Vatican, kerana jumlah Muslim di dunia telah melebihi 1.3 bilion orang.

Vatican mencatat adanya permintaan yang luar biasa oleh warga Barat Kristian dan Yahudi serta agama-agama dan kepercayaan lain untuk masuk Islam dalam masa beberapa tahun terakhir, walaupun kempen negatif terhadap Islam masih dilakukan, dan sejumlah besar wang yang dihabiskan untuk mendakwahkan agama Kristian. - Disusun dari eramuslim





Comments