Rasulullah adalah orang yang paling fasih berbicara dan yang paling indah perkataannya. Beliau berkata, "Aku adalah orang arab yang paling fasih". Para penghuni syurga berbicara dengan bahasa yang digunakan nabi, iaitu bahasa Arab. Perkataanya mengandung makna luas namun penggalan katanya tidak berlebihan dan tidak pula kekurangan. Yang mendengarkannya dapat memahami dan menghafal dengan mudah kerana antara kata yang satu dengan yang lain berkaitan.
Rasulullah tidak bercakap, baik saat senang maupun marah, kecuali yang dibicarakannya itu benar. Rasulullah adalah orang yang paling banyak tersenyum dan yang paling gembira hatinya, selama bukan pada waktu turunnya wahyu, saat menyebut hari kiamat atau saat berkhutbah memberikan nasihat.
Suatu hari seorang lelaki kampung telah datang dengan maksud bertanya kepada Rasulullah pada saat beliau sedang memikirkan sesuatu. Namun para sahabat mencegahnya seraya berkata, "Wahai orang badui, jangan engkau lakukan, kami melihat Nabi sedang memikirkan sesuatu."
Tapi orang badui itu berkata, "Biarkan saya, demi Zat yang telah mengutusnya dengan membawa kebenaran sebagai Nabi, saya tidak akan membiarkannya dalam keadaan seperti itu, saya akan membuatnya tersenyum."
Lalu orang badui itu bertanya, "Wahai Rasulullah maklumat yang sampai kepada kami bahawa al-masih (Dajjal) akan datang kepada manusia dengan membawa tsarid (bubur), tapi mereka semua binasa kerana kelaparan. Demi ayah dan ibuku yang menjadi tebusanmu, menurutmu apakah aku harus menolak buburnya demi memelihara diri dari yang tidak halal hingga aku mati kurus? Ataukah aku makan buburnya hingga kenyang namun tetap beriman kepada Allah dan mengingkari Dajjal "
Mendengar soalan itu, Nabi tertawa hingga nampak gigi gerahamnya. Lalu beliau berkata, "Jangan kau makan, Allah akan mencukupi keperluanmu sebagaimana ia mencukupi keperluan kaum mukmin."
Comments