Subhanallah, rahsia azan subuh dari aspek ilmiah (1)

"Ash shalaatu khairun minan naum". Jika kita terjemahkan, akan bererti "Solat itu lebih baik daripada tidur". Tetapi cuba perhatikan baik baik. Mengapa kalimat itu hanya dikumandangkan saat azan Subuh saja?

Dalam kalimat itu Allah SWT ternyata sedang memberikan isyarat kasih sayangnya pada kaum muslimin, sebuah isyarat yang sering kita abaikan maknanya.

Lalu mengapa isyarat itu justru dikumandangkan hanya pada azan solat Subuh, tatkala kita semua sedang terlelap, dan bukan pada azan untuk solat lain?

Pada kajian MILIS, kajian GISSI 2 dan kajian-kajian lain di luar negeri, yang dipercayai sebagai suatu kajian yang meyakinkan mendapati sebuah kesimpulan jika puncak terjadinya serangan jantung sebahagian besar bermula pada pukul 06.00 hingga pukul 12.00.

Mengapa demikian? Kerana pada saat itu sudah terjadi perubahan pada sistem tubuh dimana terjadi kenaikan voltan saraf simpatetik (istilah Cina: Yang) dan penurunan voltan saraf parasimpatis (YIN).

Tegangan simpatis yang meningkat akan menyebabkan kita siap tempur, tekanan darah akan meningkat, denyutan jantung lebih kuat dan sebagainya.

Pada tegangan saraf parasimpatis yang meningkat maka terjadi penurunan tekanan darah, denyut jantung kurang kuat dan ritmenya melambat. Terjadi peningkatan aliran darah ke perut untuk menggiling makanan dan pengurangan aliran darah ke otak sehingga kita merasa mengantuk, pokoknya yang cenderung kepada keadaan rehat.

Pada permulaan waktu pagi buta (mulai pukul 3 pagi) sampai siang itulah secara diam-diam tekanan darah beransur naik, terjadi peningkatan adrenalin yang memberi kesan meningkatkan tekanan darah dan penyempitan pembuluh darah (kesan vasokontriksi) dan meningkatkan sifat agregasi trombosit (sifat saling menempel satu sama lain pada sel platelet agar darah membeku) walaupun kita tertidur.

Aneh bukan? Hal ini terjadi pada semua manusia. Hal seperti ini disebut sebagai ritme Circardian atau ritme sehari-hari, yang secara kodrati diberikan Allah SWT kepada manusia.

Comments