Artis filem anti islam kini ketakutan !

Anna Gurji tidak menyangka bahawa filem 'Desert Warrior' yang ia bintangi, ternyata diubah menjadi filem anti-Islam yang sedang dikritik hebat, 'The Innocence Of Muslims'.

Dubbing besar-besar dan editing pascaproduksi menukar filem tersebut menjadi imej buruk bagi Nabi Muhammad. Dalam sebuah surat yang diposting di laman penulis Neil Gaiman, Anna menyatakan tak tahu filemnya akan menjadi demikian.

"Tak PERNAH sekalipun disebut mengenai Muhammad dan agama (Islam) selama saya berada di lokasi penggambaran. Saya 100% yakin tidak ada pelakon dan kru yang tahu apa sebenarnya rancangan filem ini, "tulis Anna.
Ia mengaku amat terkejut bagaimana filem yang menyebabkan gelombang protes dan konflik di seluruh dunia itu ternyata diubah sedemikian rupa. "Dua jam selepas melihatnya, saya bersedia diwawancara dan saya langsung menangis."

Gadis cantik ini berkata, ia sedih dan merasa sakit kerana wajah para pelakon digunakan untuk membuat sesuatu yang jahat, tanpa mereka ketahui. Meski khuatir dengan keselamatannya, Anna tidak bersembunyi.

"Saya tak tahu apa yang harus saya lakukan, selain mendedahkan kebenarannya. Saya takkan bersembunyi (kerana tidak ada yang disembunyikan). Jika tak ungkapkan kebenaran, dunia ini tak lagi layak dihuni, "katanya.

Pengarah porno Alan Roberts baru saja diketahui menjadi pengarah projek 'The Innocence Of Muslims'. Nampaknya, ia juga bernasib sama seperti Anna. Yakni tertipu dan menyangka mereka menggarap filem bertajuk 'Desert Warrior'.

Comments