55000 pejuang siap sedia hadapi serangan darat tenteraYahudi

 
Kemungkinan serangan Israel dalam beberapa jam akan datang, para pejuang Hamas dan Jihad Islam dilaporkan bersatu. Mereka mengadakan pertemuan langsung diketuai oleh Perdana Menteri Gaza Khaled Misyaal dan Ketua Perisikan Raafat Shehata.

Sebelumnya Hamas meminta Mesir untuk membuka sempadan Rafah untuk lalu-lintas perjalanan warga Gaza dan barangan.

Sementara itu, jurucakap Hamas Taher al-Nunu mengadakan sidang akhbar di kompleks kerajaan yang dibom Jumaat lalu. "Bangsa Arab berdiri dengan kami," katanya. "Orang-orang Palestin tidak sendirian menghadapi Israel."

 
Al-Nunu mencatat bahawa Hamas akan terus menjadi tuan rumah bagi para pegawai kanan Arab seperti Perdana Menteri Mesir dan Menteri Luar Negeri Tunisia di mana saja di Gaza dan bahawa Gaza akan muncul sebagai pemenang, dan Israel akan gagal memenuhi tujuannya.

Utusan Hamas di Lebanon Ali Barakeh mengatakan bahawa Hamas tidak bimbang tentang pasukan mereka ada. "Ada lebih dari 50.000 rakyat Palestin yang siap berjihad melawan segala serangan darat di Gaza. Gaza akan menjadi kuburan bagi penjajah. Selain tentera, ada 5,000 orang siap syahid menunggu tentera Israel. "

Comments