Amerika bantu rejim syiah Assad! usaha menghalang syariah Islam ditegakkan di bumi Syam

AS membantu Assad agar terus bertahan dalam kekuasaan dengan menghantar pasukan boneka Yaman untuk membantunya.

Menurut beberapa pemerhati, Washington menyedari beberapa bulan lalu bahawa mereka tidak boleh menghentikan kumpulan Islam dalam pembangkang Syria, sebahagian besar berjuang untuk Islam, lapor UmmaNews.

Amerika menghadapi dilema di mana mereka tidak membenarkan tegaknya Syariah Islam di Syria dan pada saat yang sama dengan sokongan terbuka kepada rejim brutal Assad selepas korban yang meningkat begitu banyak di kalangan penduduk awam Syria, akan menempatkan AS ke dalam kategori negara samseng seperti Rusia.

Dalam hal ini, AS sedang cuba membeli masa untuk mencari penyelesaian yang boleh diterima untuk "masalah Islam" di Syria dan dalam masa yang sama tidak menyekat bantuan dihulurkan bagi pemberotak oleh negara-negara Arab dan pada saat yang sama menggunakan rejim, khususnya Yaman untuk menyokong Assad.

Oleh kerana itu jelas bahawa semua retorik AS iaitu "tidak dapat diterimanya sokongan terhadap rejim Assad oleh Rusia, Iran dan Hizbullah Lebanon" hanya retorik politik yang dirancang untuk menyembunyikan sokongan untuk rejim Assad.

Dalam video yang disediakan oleh unit media Mujahidin Jabhah an-Nushrah, Manarat Al-Baida, menunjukkan pengakuan lima tentera boneka Yaman yang ditangkap oleh Mujahidin di Syria utara.

Para boneka ini mengaku bahawa mereka tidak terlibat dalam pertempuran di sisi Alawiyah dan tiba di Syria atas permintaan khusus kerajaan boneka Yaman.

Pasukan boneka Yaman melakukan perjalanan ke Syria, mungkin melalui Arab Saudi. Ini bukan kali pertama Saudi membantu kumpulan-kumpulan bersenjata musuh Islam dari kalangan Syiah, dan memindahkannya ke Syria.

Perlu diingat bahawa pada bulan Februari, Saudi membenarkan masuk kapal perang dan helikopter rafidah Iran melalui bandar pelabuhan Jeddah (sekitar 60 Km dari Mekah) dalam perjalanan mereka menuju pelabuhan Syria, Tartus.

Hal ini dilaporkan oleh harian Arab Saudi, Arab News. Menghantar tentera dan senjata untuk Assad melalui Arab Saudi disebut dengan "lawatan persahabatan kapal tentera laut".

Rupanya, pendedahan maklumat tentang tentera Yaman yang bertempur membela rejim Assad serta kenyataan yang jelas dan tegas dari Jabhah an-Nushrah mengenai niatnya untuk menegakkan Syariah Islam, mendorong AS untuk meletakkan organisasi ini menjadi apa yang disebut "organisasi pengganas" dunia.

Kenyataan AS mengandungi bahagian-bahagian dangkal seperti: "Orang-orang Amerika dilarang melakukan transaksi kewangan dengan kelompok dan aset kumpulan di AS dibekukan".

Dengan itu, Obama secara rasmi telah mengakui apa yang disebut "Gabungan Nasional untuk Revolusi Syria dan Pasukan Pembangkang" yang biasanya bernama Gabungan Nasional Syria (SNC), yang ditolak oleh seluruh pejuang Syria di lapangan dan bahkan tentera pembebasan Syria (FSA) yang menjadi wakil rakyat Syria.

SNC juga diakui oleh Perancis, Britain, Turki dan negara-negara Teluk.

Namun, tindakan AS melawan Jabhah an-Nushrah hanya memperhebat sentimen anti-AS di kalangan pemberontak Syria. Menurut The Telegraph, pejuang Islam menentang Washington dan bersumpah akan setia kepada Jabhah an-Nushrah.

Sebanyak 29 kumpulan pembangkang termasuk brigade pertempuran dan jawatankuasa awam telah menandatangani petisyen yang menggesa demonstrasi besar-besaran dalam menyokong Jabhah an-Nushrah.

Petisyen tersebut mengandungi menentang campur tangan Amerika kerana mereka semua adalah Jabhah an-Nushrah dan mendesak penyokongnya untuk mengibarkan bendera Jabhah an-Nushrah sebagai rasa terima kasih.

"Ini adalah lelaki kami untuk rakyat Syria, ini adalah pahlawan yang menjadi milik kami dalam agama, dalam darah dan dalam revolusi," tulis satu kenyataan di laman Facebook yang beredar luas di pembangkang Syria.

Menurut The Telegraph, walaupun barisan an-Nushrah memposisikan diri sebagai organisasi bebas dengan komando tenteranya sendiri, berasingan daripada FSA, namun begitu ramai pemimpin FSA yang kini mengakui kekuatan dan memerintahkan tenteranya untuk bekerjasama dengan Mujahidin an-Nushrah.

Dalam sebuah video yang diposting dalam talian, menunjukkan Muslim berbaris melalui bandar Aleppo menyatakan sokongan terhadap Mujahidin Jabhah an-Nushrah.

"Dengan memanggil An-Nushrah sebagai pengganas, AS mengukuhkan pengeboman oleh rejim Syria terhadap bandar-bandar seperti Aleppo. Sekarang rejim boleh mengatakan mereka menyerang pengganas," ujar mulham Jundi, yang bekerja dengan badan amal pembangkang Watan Syria.

Menurut Telegraph, semakin kuat Jabhah an-Nushrah nampaknya telah membawa kebimbangan untuk AS, pasukan yang berperang atas nama Islam terus meningkat.

Barat berusaha untuk "memperbaiki" proses Islamisasi kumpulan bersenjata pembangkang dengan menyokong pembentukan struktur komando baru untuk FSA sekular pada pertemuan di Turki.

Kini, negara-negara Barat dan Kesatuan Eropah cuba memujuk komander Mujahidin dari berbagai kumpulan untuk mengikuti komando FSA sekular.

Namun, seperti yang diceritakan oleh salah seorang Mujahid kepada The Telegraph, usaha AS datang telah lambat dan bahawa setiap usaha AS untuk campur tangan dalam Jihad Syria akan ditolak.

"Kami tidak menyokong komando tentera FSA baru," ujar Ous al-Arabi, juru gakap Dewan Revolusi Deir al-Zour.

"Untuk peruntukan Deir al-Zour, mereka telah memilih orang yang tidak mewakili. Jabhah an-Nushrah adalah kelompok terkuat di sini dan mereka mengabaikan itu," ujarnya. 

"Rakyat tidak akan menerima campur tangan Barat sekarang. Kalian menyaksikan kami mati, dan sekarang apabila kami sudah dekat dengan kemenangan, mereka ingin campur tangan. Mereka tidak diterima."
Diterjemahkan dari sumber arrahmah

Comments

Anonymous said…
penulis berita mesti adil jgn mencampurkan emosi dan kebencian.
syria negara sekular bukan syiah.
"bulan Februari, Saudi membenarkan masuk kapal perang dan helikopter rafidah Iran melalui bandar pelabuhan Jeddah (sekitar 60 Km dari Mekah) dalam perjalanan mereka menuju pelabuhan Syria, Tartus."sejak bila saudi membantu iran sangat mencenggangkan,syariah apa yg ingin ditegakkan ditengah kacau bila permainan antara bangsa-
The picture of Syria most common believed abroad is of the rebels closing in on the capital as the Assad government faces defeat in weeks or, at most, a few months. The Secretary General of Nato, Anders Fogh Rasmussen, said last week that the regime is "approaching collapse". The foreign media consensus is that the rebels are making sweeping gains on all fronts and the end may be nigh. But when one reaches Damascus, it is to discover that the best informed Syrians and foreign diplomats say, on the contrary, that the most recent rebel attacks in the capital had been thrown back by a government counteroffensive. They say that the rebel territorial advances, which fuelled speculation abroad that the Syrian government might implode, are partly explained by a new Syrian army strategy to pull back from indefensible outposts and bases and concentrate troops in cities and towns
http://www.independent.co.uk/voices/comment/syria-the-descent-into-holy-war-8420309.html
Anonymous said…
Syria bukan sekadar negara sekular tetapi juga Syiah.. Elit pemerintah Syria adalah terdiri daripada minoriti Syiah Alawiyah.. Fakta ini boleh diketahui dimana-mana sahaja sama ada dalam laman web ataupun buku-buku rujukan.. Manakala Pemerintah Saudi pula terkenal mendokong kuat fahaman Wahabi yang diragui statusnya dikalangan umat Islam..