Para Syahid Pemimpin HAMAS

1. Syekh Ahmad Yasin
yasin-dan-anak-anak
Syeikh Ahmad Yasin atau Ahmad Ismail Yasin pemimpin spiritual Palestin. Dia lahir di Desa al-Jaurah, sebuah perkampungan di Gaza pada 1 Januari 1938. Di usia kanak-kanak, dia dan keluarganya telah menjadi pelarian akibat perang antara dunia Arab dengan Israel.

Ketika remaja, Syeikh Ahmad Yasin telah mengalami lumpuh akibat bersukan sukan. Bukan hanya lumpuh, dia menjadi buta namun ini tidak mengurangkan semangatnya untuk belajar. Kecerdasannya membolehkan dia mampu menamatkan persekolahannya dengan baik bahkan diterima di Universiti Al Azhar Mesir tetapi tidak menamatkan pengajian kerana keadaan fizikalnya tidak membolehkannya meneruskan pengajian.

Dia mendirikan organisasi Harakatul al-Muqawamah al-Islamiyah atau Hamas. Dari atas kerusi roda, dia mampu membangkitkan semangat rakyat Palestin untuk menentang Israel. Suaranya garau tapi boleh mengubah batu menjadi senjata AK-47 yang memusnahkan kereta perisai Zionis.

Israel takut padanya, takut pada kalimat-kalimat serta pemikirannya boleh menggerakkan puluhan ribu warga Palestin untuk menentang Israel. Syeikh  Ahmad Yasin menjadi sasaran pembunuhan utama. Dia terbunuh pada 2004 oleh tiga roket Israel ketika pulang dari solat subuh di sebuah masjid tempatan.

2. Abdul Aziz Rantissi
rantisi
Abdul Aziz Rantissi merupakan sohib kental Syeikh Ahmad Yasin. Kedua-duanya mendirikan organisasi Harakatul al-Muqawamah al-Islamiyah atau Hamas. Jika pemimpin utama Hamas adalah Yasin, Rantissi dikenali jurucakap anti-kompromi dengan Israel. Dia bahkan menentang dan memutuskan perbincangan dengan Perdana Menteri Palestin Mahmud Abbas yang menyeru gencatan senjata dengan Zionis itu.

Ketika sahabat terdekatnya, Yasin, terbunuh. Rantissi menjadi pemimpin Hamas. Dia memanggil ribuan penyokongnya di Gaza dan mengumumkan perang dengan Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat. Dia pernah berkata, jika harus memilih mati sebab ditembak Israel atau berpenyakit jantung, dia memilih yang pertama. Kata-katanya terbukti. Tidak lama selepas kematian Yasin, Rantissi dibunuh Angkatan Pertahanan Yahudi dengan muncung peluru.

3. Yahya Ayyas
Upload - Hamas 4
Yahya Ayyas lahir di Kota Rafah, Palestin, pada 6 Mac 1966. Dia masuk dalam barisan Brigade Ezzul Deen Al Qassam, kumpulan sayap Hamas. Dia mempunyai kelulusan dalam ijazah sarjana elektro dan menjadi tunjang di sebalik pembuatan senjata dan bom kelompok itu.

Ayyas sangat ditakuti Israel sebab kepakarannya berkenaan bahan letupan. Senjata ciptaannya telah membunuh beratus-ratus tentera dan orang awam Yahudi Zionis. Ayyas terbunuh oleh Agen perisik Yahudi yang bekerjasama dengan salah seorang anggota Hamas yang belot. Dia meletupkan bersama telefon yang ternyata adalah bom.

4. Syeikh Izzudin al-Qassam
736190_308123845970690_215249905_o
Syeikh Izzudin al-Qassam salah satu tokoh utama pergerakan pembebasan Palestin dan dunia Arab. Dia pencetus kalimat, umat Islam perlu membantu diri mereka sendiri sebab tidak ada orang lain bakal membantu. Namanya diabadikan menjadi kumpulan sayap Hamas kerana pandangannya banyak mempengaruhi beribu-ribu pemuda muslim untuk mengikuti jalannya.

Syekh al-Qassam berjaya mencerahkan para pemuda untuk bangkit dalam politik dan perjuangan bersenjata sebagai sebahagian daripada perjuangan seorang muslim melawan penjajahan barat.


5. Ahmad Said Khalil al-Jabari
Hamas-Ahmed-al-Jabari-jpeg.image_1
Nama sebenarnya Ahmad Said Khalil al-Jabari. Dia pemimpin sayap Hamas terkini dibunuh oleh roket Yahudi. Dia mengawal rundingan pertukaran tawanan Palestin dengan tahanan Zionis. Sebagai ketua tertinggi berigade paling ditakuti Israel, dia menjadi sasaran utama pembunuhan oleh Agen Rahsia Yahudi Mossad.

Kemampuan al-Jabari dalam memimpin sayap militer Hamas ini dengan cepat berkembang dan dalam masa yang singkat dengan kelompok separa ketenteraan dengan lebih dari 10 ribu pasukan yang terbahagi dalam tugas dengan lavel tertentu. Setiap tugas dan lavel ini terbahagi kepada unit-unit khas. Dia juga membina pelbagai gudang senjata untuk Brigade Izzuddin Qassam dan sebahagian senjata itu dihasilkan sendiri sama seperti kehebatan  Yahya Ayyas.

Perlahan tapi pasti, al-Jabari menjadi masalah terbesar Yahudi. Dengan beberapa siri serangan bom dilancarkan oleh Yahudi laknatullah, pemimpin itu akhirnya terbunuh akibat serangan roket.

Comments