Lapland, Merupakan sebuah provinsi yang ada di Finland yang memiliki keluasan wilayah 98.946 km = C2 = B2 dengan populasi penduduk seramai 187777 orang (2002). Ibu kotanya ialah Rovaniemi. Wilayah ini memiliki sebuah fenomena unik indah untuk dipandang, iaitu matahari di tengah malam.
Hal ini terjadi kerana lokasinya yang berada di lingkaran kutub, selama dua puluh empat jam dalam dua bulan setiap tahun wilayah ini akan disinari oleh matahari sepanjang hari tanpa henti. Fenomena unik ini biasanya disebut midnight sun atau matahari tengah malam.
Fenomena ini biasanya akan berlaku setiap bulan Jun dan Julai. Pelancong yang melawat Lapland dapat melihat secara langsung cahaya unik dari matahari tengah malam, yang tidak memberi batas antara siang dan malam di sini. Hal ini membolehkan bagi para pelancong untuk mendaki gunung Lapland di malam hari atau bahkan melakukan sukan golf selama 24 jam tanpa henti. Salah satu tempat kegemaran pelancong untuk pelancongan golf yang terdapat di Lapland adalah Bjorkliden GC, padang golf yang terletak paling utara wilayah ini. Bersempadan dengan beberapa pergunungan yang merupakan sempadan negara antara Sweden dan Finland serta Tasik Tornestrask.
Selain dapat menikmati sensasi bermain golf di tengah malam, aktiviti-aktiviti pelancongan lain yang juga digemari di Lapland adalah bermain ski di Riskgransen yang merupakan resort ski di kedudukan paling utara di Eropah. Tidak seperti resort ski lain di Eropah, Riksgransen tidak mempunyai suhu sejuk, sehingga para pencinta ski tidak perlu takut dengan kesejukan.
Hal ini disebabkan fenomena matahari tengah malam tadi, yang membuat matahari tetap bersinar sehingga menjadikan wilayah ini tetap hangat sekaligus masih mempunyai salji untuk para pemain ski berseluncur.
Lapland juga merupakan rumah bagi hotel ais pertama dan terbesar di dunia. di hotel ini, para tetamu akan tidur di antara bongkah ais yang dilapisi cadar bahan kulit rusa. Mulai dari lilin hingga kerusi dan meja, semua yang ada di hotel ini diperbuat daripada ais.
Hotel ini dibina pada 1989, di desa kecil Jukkasjarvi. Hotel ini dibina oleh para pemahat ais tempatan yang berasal dari hotel ini. Biasanya Hotel ais ini hanya dibuka pada musim sejuk sahaja. Khas untuk tahun ini, Hotel ais dibuka juga pada musim panas. Seperti biasa, air untuk membuat ais ini diambil dari Sungai Torne, yang tidak jauh dari hotel.
Comments
Blog ana : unclemajid.blogspot.com
T.k.