Islam akan kembali asing

Daripada Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Islam dimulai sebagai suatu (agama) yang asing dan Islam akan menyusut lagi (kembali) sebagai (agama) yang asing sama seperti waktu awal, dan Islam akan terpusat diantara dua masjid (Mekah dan Madinah) sama seperti ular yang merayap kembali ke lubangnya (sarangnya).

Agama Islam pada awalnya adalah asing, hanya Nabi Muhammad s.a.w. seorang sahaja, hinggalah ianya tersebar ke serata dunia. Ia bermula daripada kota suci Mekah dan Madinah dan akhirnya ia kembali ke sana juga.

Islam juga akan menjadi kembali menjadi asing dan pada masa ini orang yang menjaga agama Islam akan kelihatan asing (pelik). Namun mereka yang pelik inilah yang berbahagia.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali dagang (asing). Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang (asing)”. (Hadith riwayat Muslim)

Pada masa itu juga Islam hanya tinggal nama dan ulama pada zaman itu adalah yang paling jahat kerana mereka telah tergelincir hingga sanggup menjual agamanya untuk mendapatkan habuan dunia.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali“. (Riwayat Baihaqi)

sumber dari facebook

Comments