Pada suatu hari Saiyidina Umar Al-Khattab menghadap Rasulullah S.A.W sambil menangis, maka bertanyalah Rasulullah S.A.W "Wahai Umar, apakah yang membuatkan engkau menangis?" Jawab Umar "Ya Rasulullah, ada seorang di muka pintu ini yang yang telah membakar hatiku." Berkata Rasulullah "Ya Umar, bawalah ia masuk." Lalu Umar membawa pemuda yang sedang menangis itu masuk.
Bertanya Rasulullah S.A.W "Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis?" Pemuda itu menjawab "Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang besar! Aku sangat takut kepada Allah S.W.T yang sangat murka kepadaku." Bertanya Rasulullah S.A.,W "Apakah kamu mempersekutukan Allah?" Jawab pemuda itu "Tidak Ya Rasulullah." Bertanya Rasulullah lagi "Apakah kamu membunuh jiwa yang kamu tiada hak membunuhnya?" Jawab pemuda itu "Tidak Ya Rasulullah."
Sabda Rasulullah S.A.W "Maka Allah S.W.T akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit." Berkata pemuda itu "Wahai Rasul Allah, Aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukitnya."
Rasulullah S.A.W bertanya lagi "Apakah dosamu itu lebih besar dari Al-Kursi?" Jawab pemuda itu "Dosaku lebih besar."
Rasulullah S.A.W bertanya lagi "Apakah dosamu lebih besar dari Arsy?" Jawab pemuda itu "Dosaku lebih besar." Rasulullah S.A.W bertanya lagi "Apakah dosamu lebih besar dari dimaaf oleh Allah?" Maka jawab, pemuda itu "Maafnya lebih besar?" Lalu Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya tidak dapat mengampun dosa besar kecuali Allah yang Maha Besar, yang besar pengampunan-Nya."
Maka bersabdalah Rasulullah S.A.W "Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang telah engkau lakukan?" Jawab pemuda itu "Aku malu hendak memberitahumu, Ya Rasulullah."
Rasulullah bertanya dengan kuat "Beritahu aku apakah dosamu itu?" Jawab pemuda itu "Begini Ya Rasulullah, kerjaku adalah sebagai penggali kubur. Aku telah melakukan kerja menggali kubur selam tujuh tahun. Pada suatu hari, aku menggali kubur seorang gadis dari kaum Ansar. Setelah aku menanggalkan kain kafannya, maka aku tinggalkan ia."
"Tidak jauh aku meninggalkannya, maka naiklah nafsuku. Oleh kerana tidak dapat menahan nafsu, aku kembali kepada mayat tersebut lalu akupun menyetubuhinya. Setelah aku memuaskan nafsu, maka aku tinggalkan dia. Belum jauh aku beredar dari situ, tiba-tiba gadis itu bangun dan berkata, "Celaka betul kamu wahai pemuda! Tidakkah kamu berasa malu pada Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kelak! Bila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut oleh yang teraniaya! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada Allah S.W.T dalam keadaan junub!"
Apabila Rasulullah selesai mendengar keterangan dari pemuda tersebut, maka dengan segera Rasulullah bangun sambil bersabda "Hai orang yang fasik!, memanglah layak kamu masuk neraka dan keluarlah kamu dari sini." Maka keluarlah pemuda itu.
Selama 40 hari pemuda itu memohon ampun kepada Allah dan pada malam ke 44, ia memandang ke langit sambil berdoa "Ya Allah, Tuhan kepada Rasulullah, Nabi Adam dan Hawa, jika Engkau telah mengampunkannu, maka beritahulah Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya. Jika tidak, maka kirimkan kepada aku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku dari seksa akhirat."
Tidak berapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibril A.S menemui Rasulullah. Selepas memberi salam Jibril A.S berkata "Wahai Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu." Jawab Rasulullah S.A.W "Dialah Assalam dan daripada-Nya salam dan kepada-Nya segala keselamatan."
Berkata Jibril A.S "Allah S.W.T bertanya, apakah kamu yang menjadikan makhluk?" Jawab Rasulullah S.A.W "Dialah Allah yang menjadikan segala makhluk."
Tanya Jibril A.S lagi "Adakah kamu yang memberikan rezeki kepada makhluk?" Jawab Rasulullah S.A.W "Dialah Allah yang memberi rezeki kepada aku dan makhluk-makhluk yang lain."
Berkata Jibril A.S lagi "Apakah kamu memberi taubat kepada mereka?" Jawab Rasulullah S.A.W "Dialah Allah yang menerima taubat dariku dan mereka."
Maka berkata Jibril A.S "Allah berfirman, maafkanlah hamba-Ku itu kerana Aku telah memaafkannya."
Maka segera baginda memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya bahawa Allah telah menerima taubatnya dan memaafkannya.
*Sumber dari nasronhashim.blogspot.com
Comments