Sebuah organisasi Syiah yang menamakan dirinya "Mukhtar Army" pada hari khamis 22/11 mengaku bertanggungjawab keatas letupan motar yang berlaku berhampiran sempadan Saudi, Iraq dan Kuwait. Mereka memberi amaran akan adanya serangan lebih lanjut yang mensasarkan Arab Saudi.
Pemimpin "Mukhtar Army", Watsiq Battat mengumumkan melalui siaran Iraq "Sumeria", pasukannya akan mensasarkan Saudi dan operasi ini dilancarkan sebagai respon dari fatwa "Kafir" terhadap golongan syiah.
Juru bicara penjaga sempadan Saudi, Brigadier Muhammad Al-Ghamdi mengatakan bahawa tidak ada mangsa korban dalam letupan tersebut. Namun pemimpin "Mukhtar Army" menyatakan letupan tersebut adalah mesej awal dan peringatan. "Kami akan melaksanakan operasi bersenjata di wilayah Saudi" katanya.
*Diterjemahkan dari sumber eramuslim.com
Comments