Sains Wuduk

Secara dasarnya, berwuduk bermaksud menyucikan anggota-anggota badan tertentu dengan menggunakan air yang bersih mengikut tatacara yang ditetapkan oleh syariat. Berhubung dengan anggota ­anggota badan yang wajib dibasuh dengan air, Allah berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 6 yang bermaksud,

“Wahai orang yang beriman, apabila kami hendak mengerjakan sembahyang (sedangkan kamu sedang berhadas kecil) maka berwuduklah, iaitu basuhlah muka kamu, kedua-dua belah tangan kamu sehingga ke siku, sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua­ dua belah kaki kamu sehingga ke buku lali.”
Selain anggota yang wajib ini, ada juga anggota lain yang sunat dibasuh air semasa berwuduk. Dalam sebuah hadis sahih, Humran melaporkan bahawa, “Uthman bin Affan meminta supaya (dibawa kepadanya) air untuk mengambil wuduk, lalu dia pun berwuduk. (Mula-mulanya) dia membasuh kedua-dua tapak tangannya tiga Kali, kemudian dia berkumur-kumur dan menyedut air ke dalam hidung serta menghembuskannya. Kemudian dia membasuh mukanya tiga Kali, membasuh tiga Kali tangan kanannya dan tangan kirinya (seperti itu juga). Kemudian dia menyapu sedikit daripada kepalanya diikuti dengan membasuh tiga Kali kaki kanannya meliputi buku lali dan seterusnya membasuh kaki kirinya (seperti itu juga). Sesudah itu dia (Uthman bin Affan) berkata, ‘Aku melihat Rasulullah berwuduk seperti wudukku ini’.” Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhad dan Muslim. Hadis ini menceritakan berkenaan cara berwuduk yang sempuma sebagaimana yang pemah dilakukan oleh Nabi.

Di samping itu, semasa berwuduk anggota ­anggota badan yang berkenaan hendaklah diusap dan digosok dengan tangan. Antara hadis yang menjelaskan berkenaan keadaan ini ialah sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Majah dan Tirmizi yang bermaksud, “Apabila kamu berwuduk maka gosok ­gosoklah antara jari tanganmu dan kakimu.” Dalam dwayat yang lain oleh Daraqutni, sahabat Uthman bin Affan berkata, “Mahukah aku tunjukkan kepadamu cara berwuduk Rasulullah? Lalu dia membasuh mukanya dan tangannya sehingga dia menyentuh hujung lengannya, kemudian dia menyapu kepalanya, kemudian dia mengusap kedua-dua telinganya dan juga janggutnya dan kemudian membasuh kakinya.”

Berwuduk mempunyai rahsianya yang tersendiri terutamanya dari sudut kesihatan. Dalam artikel bertajuk Muslims Rituals and their Effect on the Person’s Health (lbadah Muslim dan Kesannya Terhadap Kesihatan Seseorang) oleh Dr. Magomed Magomedov dari Akademi Perubatan Daghestan State, melaporkan bahawa berwuduk merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenal sebagai “Kawasan Aktif Biologi” (Biological Active Spots).

Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji berkenaan ilmu sains refleksologi. Orang Cina meyakini sekiranya “Kawasan Aktif Biologi” dirangsang, ia akan merangsang sistem saraf dalam badan. Hal ini sekali gus memberikan kesan positif terhadap kesihatan seseorang.

Menurut ilmu perubatan China, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 “Kawasan Aktif Biologi” dan 66 daripadanya memberikan kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Daripada 66 ini, 61 daripadanya berada di kawasan wuduk utama umat Islam. Lagi lima berada di kawasan di antara buku lali dan lutut, iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk.

Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud, “Antara kamu sesiapa yang mampu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya.” Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa

Manakala tahjeel bermaksud membasuh tangan melebihi kawasan siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku lali, iaitu antara buku lali dan lutut. Tafsiran ini disebutkan dalam Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A. Qadir Hassan, Mu’ammal Hamidy, Drs. Imron Am dan Umar Fanany B.A. Di samping itu, berwuduk juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai penyakit.

Seterusnya Dr. Magomed Magomedov berkata, apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia merangsang saraf untuk memberikan kekuatan baharu (mengecas semula) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf.

Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf untuk mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitari dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.

Di samping itu, menurut Mukhtar Salem, dalam buku beliau bertajuk Prayers: A Sport For The Soul and Body, berwuduk mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini disebabkan mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Pembasuhan badan melalui wuduk membersihkan badan daripada kesan pencemaran ini.

Berhubung dengan memasukkan air ke dalam hidung semasa berwuduk, menurut kajian yang dijalankan oleh para doktor dari Universiti Alexandria, perbuatan ini mencuci rongga hidung daripada kuman dan kotoran yang melekat pada bulu hidung. Hal ini dilaporkan oleh Lamya Taufik dalam The Preventive and Healing Wonders of Ablution di IslamOnline.net, 30 April 2003.

Perbuatan berkumur semasa berwuduk membersihkan mulut daripada sisa-sisa makanan yang melekat di celah-celah gigi. Ditambah pula dengan galakan Nabi supaya setiap Muslim bersiwak (menggosok gigi) semasa berwuduk. Berhubung dengan hal ini, Nabi bersabda, “Sekiranya tidak menyusahkan umatku, akan aku suruh mereka berwuduk setiap kali mereka hendak bersolat dan akan aku suruh mereka bersiwak semasa berwuduk.” Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad yang sahih. Menurut Malaysia Healthcare Guide terbitan tahun 1997, antara cara terbaik untuk mencegah kerosakan gigi ialah dengan menggosok gigi setiap kali selepas makan ataupun paling kurang dengan berkumur mulut.

Wuduk dan Membasuh Tangan Secara umumnya, umat Islam berwuduk paling kurang sebanyak lima kali sehari sebelum melaksanakan solat fardu. Di samping itu, umat Islam digalakkan berwuduk sebelum tidur (mengikut riwayatAhmad dan Bukhad), selepas bersetubuh dan sebelum mandi wajib (menurut riwayat Bukhara dan Muslim), semasa hendak menjamah makanan, selepas mengadakan hubungan seks (mengikut riwayatAhmad dan Muslim) dan yang seumpamanya.

Antara perbuatan yang diulang-ulangi semasa berwuduk ialah membasuh tangan. la dilakukan sebanyak tiga kali pads peringkat permulaan berwuduk dan diulangi lagi tiga kali pads peringkat pertengahannya.

Menurut kajian yang dilakukan ke atas 305 pelajar sekolah di Detroit, kanak-kanak yang membasuh tangannya sebanyak empat kali sehari kurang mengambil cuti sakit disebabkan sakit perut. Mereka juga kurang mengambil cuti sakit disebabkan penyakit saluran pernafasan, berbanding dengan rakan-rakan mereka yang kurang membasuh tangan. Hal ini dilaporkan oleh Online Wellness Center, Vanderbilt University, Tennessee, di vanderbiltowc. wellsource. com.

Pada bulan Februari 2003, dunia dikejutkan dengan serangan wabak SARS, iaitu sindrom pernafasan akut yang teruk (severe acute respiratory syndrome). la berpunca daripada kuman virus yang dikenal sebagai koronavirus (SARS-CoV) dengan manifestasi seperti demam (melebihi 38 darjah Celsius), pening dan sakit anggota badan, dan akhimya pesakit meninggal dunia kerana jangkitan paru-paru.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih kurang 8098 orang dijangkiti virus ini di seluruh dunia dan daripada jumlah ini, 774 orang meninggal dunia. Menurut pakar, salah satu cara yang perlu dilakukan untuk mencegah merebaknya penyakit ini ialah kerap membasuh tangan. Dr. Julie Gerberding, Pengarah Disease Control and Prevention (CDC), Amerika, berkata, “Pembersihan tangan merupakan satu-satunya langkah yang penting untuk mencegah merebaknya kuman­kuman.”

Tabiat kerap membasuh tangan secara sempurna mampu menyelamatkan lebih kurang satu juta kanak-kanak bawah lima tahun, terutamanya di negara miskin. Hal ini disebabkan ada dua jenis penyakit yang kerap membunuh kanak-kanak ini, iaitu cirit ­birit dan radang paru-paru (pneumonia), dan membasuh tangan dapat mencegah penyakit ini daripada merebak. Hal ini disebutkan dalam Medical News Today (Online) di bawah tajuk Handwashing Could Save One Million Children’s Lives Each Year, 11 Jun 2004.

Berwuduk amat relevan dengan kehidupan manusia pada hari ini. Yang paling penting ialah wuduk merupakan ibadah yang di wajibkan Allah ke atas umat Islam. Hujah sains digunakan bertujuan hanya sebagai sokongan bukan sebagai dalil dan nas.

Oleh: Dr. Dania Zainal Abidin


Comments