1. Imam Ghazali berkata: “Ketahuilah bahawa hari Jumaat adalah hari yang agung. Inilah hari yang Allah agungkan Islam di dalamnya, dan dikhususkan bagi kaum Muslim.” Terdapat hadis yang menyebut, “Sebaik-baiknya hari, adalah hari Jumaat. Pada hari Jumaatlah Nabi Adam diciptakan; pada hari Jumaatlah Nabi Adam diturunkan ke muka bumi; pada hari Jumaatlah Nabi Adam bertaubat atas kesalahannya; pada hari Jumaatlah Nabi Adam meninggal dunia; pada hari Jumaatlah terjadi kiamat.” Di sisi Allah, hari Jumaat adalah hari anugerah. Demikian para malaikat menamakannya di langit. Dan, hari Jumaat jugalah hari di mana makhluk dapat melihat Allah s.w.t. di syurga.
2. Adapun solat Jumaat yang pertama kali dilakukan Nabi s.a.w. bersama para sahabatnya adalah yang baginda lakukan di tempat Salim bin ‘Auf pada disebuah parit besar. Mereka menjadikan tempat itu sebagai masjid. Rasulullah s.a.w. berkhutbah di hadapan mereka dan mengerjakan solat bersama-sama mereka.
3. Di dalam sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w. disebutkan tatkala Rasulullah s.a.w. hijrah dari kota Makkah ke kota Madinah, baginda berhenti di Kuba, suatu desa yang dinamai sesuai dengan nama kolam yang terdapat di desa itu, iaitu Kolam Kuba. Desa itu jaraknya agak jauh dari kota Madinah. Di desa tersebut terdapat sebuah masjid yang bernama Masjid at-Taqwa, yang merupakan kediaman ‘Amar bin ‘Auf, salah seorang dari kalangan Anshar. Rasulullah s.a.w. tinggal di rumah tersebut selama empat hari, di mana hari terakhirnya adalah hari khamis. Keesokkannya, hari Jumaat, Rasulullah s.a.w. bermaksud berangkat menuju Madinah, namun baginda terhalang oleh datangnya waktu zuhur. Ketika itu, baginda hendak keluar dari rumah Salim bin ‘Amar bin ‘Auf. Maka Rasulullah s.a.w. bersama orang-orang yang menyertainya pun mengerjakan solat Jumaat. Itulah solat Jumaat pertama di dalam Islam. Solat tersebut dilakukan di sebuah parit yang bernama Parit Ranuna.
*Sumber dari saudagarseposen.blogspot.com
Comments