Roket-Roket Brigade Al-Qassam Dilengkapi Teknologi Anti Iron Dome

Brigade al-Qassam, sayap tentera gerakan Hamas, mendedahkan pihaknya telah melengkapi sebahagian dari roket-roket yang ditembakkan ke Tel Aviv dengan teknologi baru. 

"Sitem pertahanan kami membuatkan Iron Dome mereka tidak boleh mengesannya sehingga roket-roket mampu melepasi anti peluru berpandu Israel itu." 

Sebelumnya, Sabtu malam, (12/7/2014) Brigade al-Qassam kembali melakukan serangan peluru berpandu ke bandar Tel Aviv dan kawasan pinggir selatan bandar dengan menggunakan roket jenis J80. 

"Pukul 21.00, kami telah melepaskan 3 roket tahap pertama untuk jenis J80 dan dua buah roket ditembakkan para pukul 21.05 ke arah Beit Yam. Sistem pertahanan peluru berpandu dan radar mereka tidak mampu mengesan kedua-duanya kerana telah dilengkapi dengan teknologi yang kami sematkan sehingga tepat pada sasaran. "

Brigade al-Qassam menambah, empat buah roket jenis J80 yang tidak dilengkapi dengan teknologi ini telah dilancarkan pada pukul 21.08 ke wilayah tengah Tel Aviv. Sistem Iron Dome berusaha untuk menghalangnya, namun salah sebuah peluru berpandu Iron Dome meletup di atas Ashkelon yang menyebabkan kecederaan. 

Brigade al-Qassam menyatakan bahawa empat buah roket jenis J80 yang tidak dilengkapi dengan teknologi ini dilancarkan pada pukul 21.12 ke arah utara Tel Aviv. 

Dalam kenyataan Brigade al-Qassam berkata, selain sasaran tembakkan roket ini, yang paling penting adalah untuk membuktikan kepada Israel bahawa Brigade al-Qassam terus berkembang kemampuannya dan akan membuatkan Israel kalah.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com | ra/islampos/pip
(Roket-Roket Brigade Al-Qassam Ternyata Dilengkapi Teknologi Pengacau)

Comments