Manfaat Disebalik Solat Asar


"Peliharalah segala solat (mu), dan (peliharalah) solat wustha (asar)," (al-Baqarah [2]: 238).

Rasulullah SAW bersabda: "Para malaikat mengawasi kalian dengan bergantian antara malam dan siang. Mereka kemudian berkumpul pada waktu solat subuh dan solat asar. Lalu malaikat yang mengawasi di malam hari naik ke atas. Maka Tuhan bertanya walaupun Dia lebih tahu dari mereka, 

'Bagaimana kalian meninggalkan hamba-hamba Ku?' 

Para malaikat menjawab, 'Ketika kami pergi, mereka sedang melaksanakan solat. Dan ketika kami datang, mereka juga sedang melaksanakan solat, '"(HR Bukhari).

"Siapa saja yang tidak melaksanakan solat Asar, maka amal perbuatannya akan hilang sia-sia," (HR Bukhari).

Dalam solat Asar terdapat keutamaan yang besar, Rasulullah SAW mengaitkannya dengan solat Subuh.

Majoriti umat Islam menamatkan pekerjaan mereka selepas solat Asar. Dengannya menunaikan solat Asar boleh menjadi penyembuhan berkesan dari segala sesuatu yang dilalui pada hari itu, seperti halangan-halangan emosi, ketegangan dan keletihan.

Majoriti kaum muslimin membahagikan aktiviti mereka menjadi dua tahap. Tahap kedua ini bermula selepas solat Asar.

Antara manfaat solat Asar adalah menjauhi sifat malas, memulihkan tubuh selepas makan, tidur dan berehat. Memulihkan peredaran darah dan meratakan penyebaran aliran darah pada seluruh anggota tubuh serta menyalurkan tenaga yang diperlukan untuk memulakan pekerjaan.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Comments