Memakai Mini Skirt Mengundang Penyakit Buah Pinggang


Segelintir wanita mungkin tidak tahu masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan pemakaian mini skirt. Sebenarnya, para doktor dan urologis, mengadu tentang pesakit-pesakit wanita mereka yang menderita pielonefritis, sistitis, dan epididimitis.

Wanita yang duduk di bangku logam, tangga-tangga batu atau memakai mini skirt dalam cuaca sejuk biasanya akan menderita penyakit-penyakit tersebut.

Selain penyakit di atas, anda juga boleh terkena radiculitis atau sciatica (penyakit pada pinggang), keduanya sangat menyakitkan. Dan kes yang jarang-jarang berlaku boleh menyebabkan kepada kemandulan.

Masalah lainnya adalah bahawa perempuan yang memakai mini skirt sering merawat ‘selsema’ mereka dengan ubat-ubatan buatan sendiri tanpa berunding dengan doktor. Wanita yang menghadapi gejala-gejala penyakit sistem pembiakan wanita perlu berunding dengan doktor tanpa mengira panjang skirt mereka dan mengelakkan diagnostik diri sendiri.

TUTUPLAH AURAT MU WAHAI WANITA

Comments