Ditangkap Kerana Mengajar Al-Quran


Entah apa yang berlaku dalam sistem pemerintahan Uzbekistan. Negara ini dlaporkan telah menangkap perempuan yang mengajar Al-Quran.

Di ibu kota Uzbekistan dari Tashkent, di sebuah daerah Yangiyul, sekumpulan perempuan Muslim telah ditangkap atas tuduhan "radikalisme" untuk mengajarkan Al-Quran.

Menurut televisyen kerajaan, sekumpulan perempuan yang mengajar kanak-kanak membaca Al-Quran di rumah telah ditangkap. Laporan itu menyebut "pemimpin kumpulan" yang bernama Hanife Mirganieva dan beberapa pengajar lain berjaya melarikan diri dari polis.

Pegawai Uzbekistan berkata, kemungkinan mereka yang melarikan diri akan mencari perlindungan di Turki.

Menurut radio Ozodlik, suami mereka sebelum ini telah ditangkap yang terdiri daripada anggota Hizbut Tahrir.

*Diterjemah oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Dunia Akhir Zaman

Comments