Di antara keistimewaan yang Allah anugerahkan kepada manusia ialah kebolehan bercakap.
Oleh itu boleh "bercakap" itu ada lah juga amanah Allah kepada manusia.
Orang mukmin hendak lah berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap.
Takut-takut "cakap" nya itu di benci orang dan di murkai Allah swt.
Islam menganjurkan manusia apa bila hendak bercakap kena hati hati saperti yang di sabdakan oleh Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barang siapa yang beriman dengan Allah swt dan Akhirat hendaklah ia bercakap yang baik atau diam sahaja."
Orang yang bercakap mempunyai tujuan yang berbeza beza. Dan boleh di kategorikan saperti berikut:
Golongan cakap merapu
Golongan peramah
Golongan kaki cakap
Golongan cakap pejuang
Golongan cakap politik
Golongan cakap orang pendiam
Golongan cakap sombong
Golongan cakap biasa biasa aje
Golongan cakap cakap nak perdaya
Golongan petah bercakap
Golongan cakap hendak tunjuk pandai
Golongan cakap cakap kotor dan lucah
Golongan cakap maki maki
Selain dari di atas ada peringkat peringkat yang bercakap ialah:
Bercakap perkara yang perlu sahaja
Bercakap yang terpaksa
Bercakap kerana kewajiban
Tidak suka bercakap
Bercakap yang sengaja di sukat kerana menjaga status
Bercakap yang menggoda.
*Sumber dari blogtokwan.blogspot.com
Comments