Perang Teluk: Air Mata Bohong Gadis Bernama Nayirah

nayirah-268x300

BULAN Ogos 1990, Iraq mengerahkan kekuatan militernya untuk menggempur Kuwait. Saddam Hussein menuduh Kuwait melakukan pemboran minyak ke wilayah negaranya.

Tarikh 10 Oktober 1990, seluruh dunia berpaling pada seorang gadis berusia lima belas tahun bernama Nayirah. Ia menangis apabila bercakap mengenai kejahatan yang dilakukan tentera Iraq.

Nayirah bertutur bahawa ia menyaksikan pembunuhan lebih dari 300 bayi di rumah sakit di Kuwait. Pidato dramatisnya di ABC 's Nightline dan NBC Nightly News menyentuh hati jutaan penonton dan berjaya mendapatkan sokongan luar biasa bagi penglibatan Amerika dalam konflik ini. Maka pecahlah Perang Teluk.

Iraq remuk ditekan hebat oleh negara-negara sekutu pimpinan Amerika.

Ketika perang selesai, seseorang mengamati lebih dekat siapakah Nayirah. Jelas, gadis yang menangis di depan jutaan penonton adalah putri Sheikh Saud Nasser Al-Saud Al-Sabah, Duta Besar Kuwait untuk Amerika Syarikat dan termasuk anggota keluarga kerajaan.

Nayirah ternyata sudah belajar akting di Hill & Knowlton. Boss syarikat itu menandatangani kontrak 111 bilion dengan keluarga kerajaan Kuwait. Tugasnya mudah, Nayirah harus bisa berakting memujuk tentera Amerika untuk mengambil tindakan terhadap Iraq dengan uraian air matanya. Nayirah telah berbohong.

*sumber islampos.com

Comments