Tidur Nyenyak, Dapat Mencerdaskan Otak


Kumpulan yang paling mengambil manfaat dari kajian ini adalah para pelajar, dan sudah tentu para penghafal al-Quran. Para pelajar yang kerap mengatakan bahawa mereka mudah lupa maklumat yang telah mereka pelajari di malam ujian. Mereka lalu memilih antara tidur atau menambah jam waktu mengulang pelajaran. Para penyelidik mendapati bahawa tidur sangat membantu mewujudkan perubahan yang diinginkan berkaitan hubungan dengan sel-sel saraf dan otak. Adanya hubungan-hubungan ini, memainkan peranan penting dalam meningkatkan keupayaan otak untuk mengawal sikap, belajar dan menguatkan daya ingat.

Berdasarkan hal itu, para penyelidik percaya bahawa hasil kajian mereka memberi bukti kuat bahawa tidur membantu fikiran untuk melakukan pekerjaan dengan baik, dan mengubah pengalaman ke dalam memori, serta menunjukkan pentingnya kaedah ini dalam persiapan menghadapi ujian. Selain itu, mereka juga menyingkap hasil penemuan lain yang mengkaitkan adanya perubahan dalam otak yang berkaitan dengan tidur nyenyak, itu melebihi tidur ringan. Penemuan ini lalu mendorong para penyelidik untuk menjawab soalan yang rumit: Mengapa kita tidur?

222(1)
Keterangan gambar 2:

Ini merupakan gambar salah satu sel saraf elektrik di daerah otak yang bertanggung jawab untuk simpanan memori yang disebut hippocampus dan keluk merah menunjukkan aktiviti elektrik di wilayah tersebut. Sedangkan lengkung biru adalah aktiviti elektrik di lapisan luar otak masa yang sama. Kajian ini menyimpulkan bahawa maklumat baru yang diperoleh seseorang pertama kali disimpan di bahagian otak yang disebut "Hippocampus". Pada akhir hari, otak tidak memadam maklumat ini dan melupakannya, tetapi maklumat itu akan dipanggil semula dan disimpan di dalam otak. (Max Planck Institute for Medical Research).

Profesor Michael Strykr dari Universiti California berkata, "Jika seorang pelajar mengulang pelajarannya dengan baik sehingga ia keletihan lalu tidur, maka otak akan terus bekerja semasa tidur dengan cara yang sama. Di sini kita mengingat ayat Allah yang agung, yang mengingatkan kita tentang perkara ini sejak zaman tak satupun manusia di bumi ini mengetahui pentingnya dan keajaiban tidur.

Allah SWT berfirman,

وَمِنْ آَيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ
[الروم: 23]

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usaha kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar, "(QS. Ar Ruum: 23).

Tidur adalah keajaiban yang nyata. Para saintis benar-benar sangat takjub dan terheran-heran dengan rahsia saintifik di balik tidur ini. Andai mereka melihat dan memperhatikan Kitabullah nescaya akan hilanglah kehairanan mereka.

*sumber dari islapos.com

Comments