MINUM ketika sedang makan bukanlah kebiasaan Rasulullah SAW, terlebih jika air itu masih panas, atau air sejuk seperti ais, dan air yang mengandungi gas.Kebiasaan seperti itu sangatlah jelek. Kerana hal itu akan menyebabkan perut memerlukan masa yang lebih lama untuk proses pencernaan, sehingga harus mengarahkan usaha yang lebih besar dari kemampuan yang dimilikinya.
Minum sesaat selepas makan atau sebelumnya, dan sesaat setelah makan buah-buahan, tidaklah dianjurkan. Berikut penjelasannya.
1. jika kita minum sesaat selepas makan akan mengakibatkan melambatkan proses pencernaan dan mengurangkan tahap kepekatan organ pencernaan, yang pada akhirnya dapat mengurangkan kemampuannya dalam mengolah makanan. Dengan demikian, proses pencernaan makanan pun akan berlangsung dalam waktu yang lebih lama. Kerana itu, dianjurkan untuk menunda minum, agar organ pencernaan dapat menumpukan perhatian sesuai dengan jumlah makanan, dan dapat membantu memudahkan proses pencernaan. Waktu yang paling tepat untuk minum adalah satu jam selepas makan.
2. Jika kita makan sebeum makan. Di antara perkara yang dapat mengurangkan nafsu makan adalah meminum secangkir kopi, atau segelas air sebelum makan. Selain itu, seseorang juga dianjurkan untuk tidak minum air teh baik sebelum maupun sesudah makan kerana hal itu akan mengurangkan jumlah lendir yang berfungsi untuk mencerna makanan. Pelbagai kajian dan penyelidikan membuktikan bahawa minum teh boleh menghalang proses penyerapan zat besi dalam makanan. Keadaan demikian boleh menyebabkan seseorang terdedah kepada anemia, kerana unsur tanin yang ada dalam teh. Adapun waktu yang paling tepat untuk minum air teh adalah, dua jam selepas makan.
3. Sesaat setelah makan buah-buahan. Karena banyaknya zat gula yang terdapat dalam buah-buahan. Jika zat gula itu ditambah dengan air, boleh membuat badan menjadi gemuk. []
Sumber: Inilah Makanan Rasulullah SAW / Prof. Dr. abdul Basith dan Muhammad as-Sayyid / Kumpulan Maghfirah Pustaka
Comments