Diskriminasi dari kerajaan China terhadap Muslim Uighur masih terus berlaku. Pihak berkuasa China melarang kaum muslim untuk berpuasa. Kerajaan China di Xinjiang mengumumkan perkara itu melalui laman berita mereka pada 6/6/2016 lalu iaitu hari permulaan bulan suci Ramadhan.
China telah melanggar hak asasi manusia selama bertahun-tahun dalam melayan bangsa Uighur, di mana beratus-ratus telah dilaksanakan di luar kerangka undang-undang, dan beberapa yang lain telah dilaksanakan melalui operasi rahsia oleh pasukan keselamatan China.
Parti komunis yang berkuasa di China secara rasmi adalah ateis. Menurut Pew Research Centre, jumlah Muslimin di China mencapai 21.6 juta jiwa. Selama bertahun-tahun mereka telah melarang pegawai kerajaan dan anak-anak Xinjiang untuk berpuasa. Xinjiang adalah rumah bagi lebih dari 10 juta muslim Uighur. Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia (HAM) menyalahkan ketegangan di Xinjiang sebagai akibat sekatan kebebasan agama dan budaya yang seharusnya dinikmati Uighur. Beberapa jabatan kerajaan daerah di Xinjiang mengeluarkan notis di laman web mereka dalam seminggu terakhir tentang larangan berpuasa selama bulan Ramadhan.
"Anggota parti, aktivis, PNS, mahasiswa, dan kanak-kanak di bawah umur tidak boleh puasa sepanjang Ramadhan dan tidak harus mengambil bahagian dalam kegiatan keagamaan," kata laman web kerajaan bandar Koarla, Xinjiang tengah. Sekatan dan bahkan larangan berpuasa itu terjadi di hampir semua wilayah di Xinjiang. Mereka mengumumkannya secara terbuka melalui laman-laman dalamannya.
Muslimin Cina sering kali menjadi objek pembunuhan, terutama di kawasan Xinjiang yang memang menjadi tempat kebanyakan Muslim China. Telah banyak terjadi pembunuhan di sepanjang sejarah Muslim China. Muslim Uyghur sering kali menjadi sasaran kekerasan. Mereka bahkan dimasukkan dalam senarai pengganas Cina. "Warga Muslim Uyghur memang selalu menjadi kambing hitam Pemerintah China atas aksi keganasan di bandar Urumqi, Wilayah Xinjiang. Di Xinjiang, selama 2009 telah terjadi ketegangan antara suku Muslim Uighur dan suku Han yang menguasai daratan China.
Tercatat, pada Julai 2009 terjadi konflik kekerasan antara Uyghur dan suku Han di Urumqi, ibu kota Xinjiang. Konflik tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 197 orang terbunuh, 1,700 orang cedera, dan 1.434 Muslim Uighur diculik serta dihukum pemerintah China. Konflik Juga terjadi pada 2008. Sekurang-kurangnya, 22 orang meninggal dunia akibat bertempur Muslim Uyghur dengan aparat setempat. Konflik terjadi ketika Muslimin tak mendapat izin untuk membina masjid.
Surat khabar Perancis "Le Monde" menerbitkan laporan tentang pembungkaman media yang dilakukan oleh kerajaan China berkaitan apa yang berlaku di daerah kaum Muslim Uighur, berikutan serangan yang berlaku pada 18 September 2015, di lombong Aksu, wilayah Xinjiang, China. Ketika sekumpulan orang yang tak dikenali menyerang para pekerja lombong dan aparat polis yang ada di tempat, hingga mengorbankan 16 orang.
Surat kabar itu mengatakan bahawa kerajaan China menganggap setiap peristiwa yang terjadi di daerah Xinjiang adalah aksi terorisme, kerana kawasan tersebut dihuni oleh minoriti kaum Muslim Uighur. Oleh kerana itu, kerajaan China memberi dirinya hak untuk melakukan kekerasan dan penyiksaan terhadap setiap suspek. Semua inilah yang semakin membuat tegang hubungan antara minoriti Muslim dengan kerajaan China.
Setelah berpuluh-puluh tahun "menyembunyikan apinya", inilah China, yang telah lama mendakwa sebagai bangsa yang beradab, kini memperlihatkan hakikat diri yang sebenarnya, yaitu sebagai penguasa psikopat di wilayah tersebut. Walaupun China mempunyai sikap pragmatik yang cukup untuk mengekalkan hubungan perdagangan, China melayan jirannya dengan keangkuhan dan kesewenang-wenangan yang sama sepertiyang dilakukan terhadap rakyatnya. Dengan keganasan seperti ini, China mengobok-obok rakyat Turkestan Timur.
Kaum Muslim Turkestan Timur masih menjadi orang asing dan pengemis di negeri dan di rumah mereka sendiri. Turkestan Timuradalah wilayah yang kaya dengan sumber-sumber mineral seperti hidrokarbon, emas dan uranium. Namun, standard hidup kaum Muslim Uighur berada pada tahap yang paling rendah di China.
China memboyong berjuta-juta orang China dari suku Han ke wilayah Turkestan Timur untuk menenggelamkan kaum Muslim di sana. Mereka memaksa para perempuan Muslim Uighur agar menggugurkan kehamilannya sebagai wujud dari pelaksanaan dasar "satu anak untuk satu keluarga". Ini sebenarnya bertujuan untuk mengurangkan jumlah kaum Muslim di wilayah ini. Ini sebagaimana kebiasaan Kerajaan China yang telah melancarkan serangan sengit terhadap segala sesuatu yang melambangkan identiti Islam, seperti hijab (pakaian sesuai syariah) bagi perempuan Muslim.
sumber islampos.com
Comments