Air Terjun Gunung Uhud

uhud

Ketika ini sudah banyak sabda Nabi tentang tanda-tanda hari kiamat yang telah terbukti. Termasuk di dalamnya mengenai sungai-sungai yang mengalir di Jazirah Arab. Dan kini, sungai-sungai itu benar mengalir di Jazirah Arab.

Orang yang memperhatikan keadaan Jazirah Arab akan mendapatkan bahawa padang pasir yang gersang dan tandus mencapai 70% dari jumlah keseluruhannya. Nabi kita SAW memberi khabar bahawa diantara tanda kiamat: jazirah arab akan kembali subur dan dialiri sungai, padahal sebelumnya ia merupakan hamparan padang pasir gersang yang tidak ditumbuhi tanaman. Ini terbukti dengan munculnya air terjun dari gunung uhud.

Dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Tidak akan terjadi kiamat sehingga jazirah arab kembali menjadi subur dan dialiri sungai, sehingga orang yang menempuh perjalanan dari Iraq menuju Makkah tidak merasa takut kecuali dari ketersesatan -atau takut kehilangan arah jalan- dan akan membanyak al -haraj. "Para sahabat bertanya," Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud dengan al-Harj? "Beliau menjawab," Pembunuhan ", (HR. Ahmad).

Dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Tidak akan terjadi kiamat sehingga harta membanyak dan melimpah, walaupun seseorang sampai keluar dengan membawa zakat hartanya, namun tidak mendapati orang yang mau menerimanya. Dan hingga bumi arab kembali menjadi subur dan dialiri sungai, "(HR. Muslim).

sumber islampos.com

Comments