Apakah makhluk yang hidup sebelum Nabi Adam di bumi dan bagaimana keadaan bumi ketika itu?
Benda-benda yang tidak boleh capai dengan panca indera, barang yang telah lepas, barang yang akan datang maka berhajat pada nas. Nas ini disampai oleh orang-orang yang dipilih oleh Allah iaitu Nabi-Nabi dan para Rasul. Kita faham seperti mana diceritakan dalam Al-Quran ketika Nabi Adam dicipta oleh Allah, yang datang ambil tanahnya untuk buat manusia bernama Adam ialah malaikat.
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
Al-Quran menceritakan ketika Allah siapkan Nabi Adam, Allah peritahkan semua makhluk di langit untuk beri hormat. Sekluruh penduduk dilangit dikepalai oleh malaikat memberi hormat melaikan Iblis. Iblis tidak mahu sujud,t tidak mahu sujud kepada Adam, tidak mahu hormat. Iblis berkata kepada Allah
َالَ أَنَا۠ خَيْرٌ مِّنْهُ ۖ خَلَقْتَنِى مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُۥ مِن طِينٍ
Kau jadikan aku dari api, sedangkan Adam dicipta daripada tanah, takkan aku nak tunduk kepada tanah, aku lebih mulia daripada dia.
Dalam ayat lain كَانَ مِنَ الْجِنِّ ibls ini daripada keturunan jin. Sudah ada ketika Nabi Adam dicipta. Ini termasuk jawapan dalam persoalan kerana soalan dia adakah makhluk lain sebelum Nabi Adam dicipta? malaikat sahih, jin sahih. Dalam kitab-kitab hadis antaranya kitab Ibnu Jarir al-Tabari ( Ibnu Thabari) ketika diturunkan Nabi Adam ke bumi, dihalau jin-jin yang ganas-ganas ini di bukit-bukit, di gunung dan di laut. Menunjukkan di bumi ini sudah diduduki oleh makhluk bernama jin. Itu hadis. Selain daripada jin boleh jadi ada makhluk lain yang tidak direkodkan dalam hadis boleh jadi. Oleh kerana bolej jadi sahaja, kita tak bercakap, kita bercakap yang ada nas.Yang ada dalil..nampak. Mungkin ada makhluk lain yang kita tidak sampai pengetahuan tetapi oleh kerana tidak disebut, direkodkan dalam hadis. Hadis kata diturunkan Nabi Adam, halau jin-jin ini ke gunung-gunung, maka kita sebut jin, makhluk sebelum manusia turun ke bumi.
Kemudian pula, tiada hadis tapi ada tulang, dijumpai tulang-tulang fosil dalam batu, dalam gunung. Ada yang jumpa di gurun gobi, ada yang jumpa di California, ada yang jumpa di Vladivostok hujung Rusia dekat Korea Utara (sempadan). Ada yang jumpa di tengah Afrika. Tulang-tulang binatang apabila disusun jadi tulang binatang. Isi tiada, kulit tiada. Tetapi tulang itu apabila disusun jadi binatang. Ada kaki empat, ada kepala, ada ekor. Ini juga diterima akal apad bahawasanya suatu ketika dulu memang makhluk ini hidup. Dan waktu hidup dulu dia tidak hidup dengan tulang macam ini, dia ada kulit macam kita. Oleh kerana dah berjuta tahun kambus dalam tanah tinggal tulang. Yang dia buat dinasour tiu, itu kajian. Kemungkinan betul, kemungkinan salah tetapi tulangnya asal.
Jadi selalu kita jawab, yang ada sebelum ini, tumbuh-tumbuhan, Alhamdulillah itu memang ada sebut jelas, binatang-binatang dan jin sebelum turunnya manusia. - Kuliah Ustaz Azhar Idrus
Comments