Penerbangan ini hampir saja mengalami pertarungan ala pelakon Samuel L Jackson dalam filem 'Snakes on a Plane'. Seorang lelaki hampir terlepas menyeludup 247 haiwan hidup, termasuk ular.
Lelaki bernama Karel Abelovsky (51) ini nekad menyeludup beratus-ratus haiwan, termasuk ular berbisa dan reptilia yang hampir pupus dalam sebuah beg.
Dia ditangkap ketika menaiki pesawat ke Madrid, Sepanyol, dari Buenos Aires, Argentina. Kakitangan keselamatan yang melakukan pemeriksaan terkejut apabila beg yang diakui bahan organik itu bergerak.
Apabila beg dibuka, mereka mendapati 200 reptilia dan moluska. Juga ular beracun Amerika Latin yang dimasukkan ke dalam plastik telus.
Terdapat pula 15 ular sanca, dua yarara yang panjangnya 1,5 meter dan beberapa boa muda. Dua diantara haiwan itu mati dan yang lain terancam akibat kekurangan oksigen.
Lelaki ini telah tertangkap pada 7 Disember lalu, namun baru didakwa oleh pegawai Argentina. Abelovsky dihukum atas kesalahan penyeludupan dan akan dikenakan hukuman maksimum 10 tahun. - Disusun dari inilah.com
Comments