Padang pasir kembali menjadi padang rumput dan ladang

Sunnah dan Sains: Antara Bimbingan Rasul dan Ilmu Bumi
Di antara mukjizat dalam ilmu pengetahuan yang ada pada sunnah adalah sabda Rasulullah, "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga tanah Arab kembali menjadi padang rumput atau ladang." (HR Muslim)

Dalam hadis ini, Rasulullah bersabda "sehingga tanah Arab kembali" maksudnya tanah jazirah Arab. Adapun makna sabda Rasul SAW "sehingga kembali" iaitu bahawa dahulu tanah Arab dipadati oleh rumput dan ladang, dan nanti tanah Arab akan kembali seperti semula.

Pembuktian hadis ini, bahawa berkat kemajuan teknologi dan ilmu geologi serta kemajuan teknologi penyelidikan, para ahli geologi meramalkan bahawa sebahagian daratan Arab pada masa dahulu adalah tanah yang subur untuk pertanian dan ladang.

Dahulu tanah Arab sangat subur dan bukan gurun pasir yang tandus. Akan tetapi perubahan iklim menyebabkan kekeringan air yang mengakibatkan padang yang tadinya subur menjadi padang pasir yang tandus.
Lalu para ahli geologi menyebutkan bahawa tanah ini akan mengalami perubahan iklim yang boleh mengembalikan tanah tersebut seperti sedia kala.

Semua makna ini ada dalam sabda Rasulullah SAW yang sangat singkat dan padat. Walaupun beliau bukan seorang yang ahli dalam ilmu geologi atau ilmu yang lain. Ini menegaskan kebenaran sabda Rasulullah SAW. - disusun dari republika.co.id

Comments