Doa dan Air Mata

Perhatikan dengan hati yang bening. Betapa kita jarang menyatakan kerinduan cinta kepada Sang Khaliq dengan rintihan dan air mata. Hari-hari dipenuhi dengan kesenangan dan hura-hura. Hidup seakan tak mencari wajah sejatinya kerana didera tawa yang menutup bashirah (mata batinnya) untuk menatap wajah Ilahi. Padahal, sungguh pada setiap desah nafas adalah untaian langkah perjalanan menuju hari akhir.

Teringatlah kita akan sikap mahabbah penuh cinta para perindu Ilahi. Siang hari, ia mengepakkan sayap kehidupannya dengan penuh marhamah (kasih sayang), bagaikan singa jantan ia menunddukan dunianya. Tetapi, bila kelambu malam menyelimuti dirinya, ia pun menitiskan air mata, merintih penuh harap dan takut, bagaikan anak kucing yang merindu dalam dekapan ibunya.

Alangkah indahnya titisan air mata yang merembes dari kelopak mata kerana takut, cemas, dan penuh harap ke hadrat Ilahi. Sejatinya, memang tangisan itu adalah bahasa batin. Ungkapan kalimat yang tidak mungkin diungkapkan dan diartikulasikan sepenuhnya dengan bahasa lisan. Allah berfirman, "Dan sujudlah mereka sambil menangis, dan bertambah khusyuk." (Surah al-Isra '[17]: 109).

Tangisan yang muncul kerana takut kepada Allah, akan menambah rasa khusyuk dan keyakinan bahawa dia akan terbebaskan dari beban yang berat di dunia dan di akhirat. Rasulullah SAW telah bersabda, "Tidak akan masuk ke dalam neraka seorang yang pernah menangis kerana takut kepada Allah." (HR Tirmidzi dalam Riyaduh Shalihin, I/393).

Rasulullah SAW tidak hanya berkata-kata tentang betapa pentingnya menangis, tetapi beliau pun memberikan contoh kemuliaan akhlaknya dengan menunjukkan sikapnya bahawa menangis itu memang diperlukan. Ketika solat dan berdoa, Rasul khusyuk dan tenggelam dalam kerinduan kepada Allah disertai dengan isak tangis yang merintih.

Imam Abu Daud meriwayatkan, "Saya datang kepada Nabi SAW, sedangkan beliau melaksanakan solat, maka terdengar nafas tangisannya bagaikan suara air mendidih dalam bejana." (HR Abu Daud dari Abdullah bin as-Sykhir RA dalam Riyadus Shalihin, I/394).

Hal serupa juga ditunjukkan Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah. Ali berkata, "Titisan air mata dan ketakutan hati adalah sebahagian daripada rahmat Allah saat berzikir kepada-Nya. Jika anda mendapatkan keadaan ini, sampaikan doamu. Dan sekiranya ada seorang hamba dalam umat ini menangis, nescaya Allah SWT menyayangi umat itu kerana zikirnya yang disertai tangisan. "(Biharul Anwar, 93: 336).

Menangislah dengan deraian air mata. Ia sangat diperlukan untuk menundukkan hati dan jiwa yang kaku kerana tak pernah merasa takut kepada Allah. Menangislah, kerana tangisanmu akan membawamu pada perasaan yang halus dan peka pada kehidupan.

Kerana itu, saudaraku, iringilah doa-doamu dengan air mata. Adukan suka-dukamu kepada Allah dengan wajah basah dan hati gerimis. Kerana sesungguhnya, di setiap titis air matamu akan ada ijabah Ilahiyah yang tersenyum. Wallahu a'lam.

sumber dari republika.co.id

Comments