Isra Mi'raj merupakan peristiwa yang terbesar dalam sejarah manusia ketika seorang manusia dipertemukan dengan Penciptanya secara langsung. Peristiwa ini hanya dianugerahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW.
Memandu kenderaan khusus yang disebut buraq, Rasulullah didampingi Malaikat Jibril berangkat dari Makkah menuju Masjidil Aqsa. Seperti termaktub dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Nasa'i, dalam perjalanan menuju Masjidil Aqsa, Rasulullah SAW sempat singgah di beberapa tempat. Seperti Madinah, Bukit Thursina, kemudian singgah di Bethlehem, dan selanjutnya menuju Baitul Maqdis (Masjidil Aqsa).
Rasul SAW sempat berjumpa dengan beberapa nabi di Masjid al-Aqsa. Selanjutnya, Rasul meneruskan perjalanan menuju Sidratul Muntaha, untuk menerima perintah solat lima waktu.
Bukit Thursina
Hampir semua ahli tafsir sepakat, Bukit Thursina adalah bukit saat Musa menerima wahyu dari Allah. Mereka pun meyakini bahawa Bukit Thursina sebagaimana disebutkan dalam surah at-Tin ayat 1-3 ber ada di wilayah Mesir yang lokasinya berada di Gunung Cinta dan, di sisi Gunung Musa. Lokasi ini dikaitkan dengan kewujudan Semenanjung Sinai. Pendapat ini disokong oleh Sayyid Quthb dalam tafsirnya Fi Zhilal al-Quran. Menurut Quthb, Thursina atau Sinai itu adalah gunung tempat Musa dipanggil berdialog dengan Allah SWT.
Baitul Maqdis
Baitul Maqdis (Masjidil Aqsa) yang berada di Kota Jerusalem (Al-Quds) bermakna sangat penting bagi umat Islam. Selain menjadi tempat singgah Rasullah dalam Isra Mi'raj, Baitul Maqdis pernah menjadi kiblat solat umat Islam sebelum kiblat dipindahkan ke Ka'bah.
Baitul Maqdis mempunyai sejarah panjang. Konon, kompleks peribadatan ini sudah ada jauh sebelum datangnya Nabi Sulaiman AS. Dalam perkembangannya, Sulaiman meneruskan pembangunannya sekaligusmenambahkan bangunan Kuil Sulaiman. Di kemudian hari, kuil ini dihancurkan oleh bala tentera Babylon.
Bethlehem
Berada di wilayah Palestin, Bethlehem (Baitullahmi) merupakan bandar budaya dan pelancongan, khususnya pelancongan rohani. Secara geografi, Bethlehem terletak sekitar 10 km sebelah selatan Jerusalem. Berada pada ketinggian 765 meter dari aras laut, Bethlehem dikelilingi bukit-bukau yang membentang ke arah Gurun Yudea. Sejarah mencatat, bandar ini telah dihuni manusia sejak 3,000 tahun sebelum Masihi. Orang-orang Kanaan adalah kelompok manusia yang dipercayai menjadi penduduk pertama Bethlehem.
sumber republika.co.id
Comments