Astagfirullah, lelaki Saudi mengaku Tuhan

Firaun, manusia yang mengaku sebagai Tuhan, kembali muncul di Timur Tengah. Firaun abad 21 itu adalah seorang lelaki Saudi yang mengaku dirinya adalah Tuhan. Saat memberikan arahan kepada lapan anak buahnya, lelaki Saudi tersebut menyatakan dirinya pantas disembah laiknya Tuhan. Sayang identiti lelaki yang diketahui sebagai pengurus baru di sebuah pusat membeli-belah di bandar pelabuhan, Jeddah, itu dirahsiakan.
"Lelaki itu lalu menyuruh anak buahnya mematuhi dan menjalankan perintahnya. Alasannya, dia menyebut dirinya Tuhan mereka," tulisan dari surat khabar berbahasa Arab, seperti dilaporkan dalam laman emirates247.com, Rabu (19/9). 

 Orang bawahan menentangnya lalu melaporkan lelaki tersebut ke polis syariah Saudi. Tidak sampai beberapa jam sahaja, aparat berjaya menangkap Tuhan palsu tersebut. Lelaki itu bakal diadili atas dakwaan mengaku sebagai Tuhan. Lapan anak buahnya akan menjadi saksi dalam kes tersebut. Namun, belum ada penjelasan soal ancaman hukuman yang akan diterima lelaki tersebut. Arab Saudi adalah salah satu negara Islam di dunia. Dalam ajaran Islam, syirik hukumnya jika seseorang menduakan Allah SWT, dan termasuk dosa yang tidak diampunkan.

Comments