Skip to main content
Seorang lelaki Perancis mengaku telah memenggal kepala editor kartun hina Nabi
Polis Perancis menangkap seorang lelaki yang mengaku sudah membunuh seorang editor surat khabar Charlie Hebdo yang mengandungi kad Nabi Muhammad SAW. Lelaki itu dilumpuhkan setelah ia mengkhabarkan telah menghabisi nyawa sang editor di salah satu laman web jihad.
Keterangan tersebut diungkap salah satu sumber Mahkamah Perancis. Dalam laman jihad tersebut, lelaki itu mengaku sudah membunuh dan memenggal kepala editor yang bertanggung jawab atas terbitnya kartun Rasulullah SAW tanpa busana.
"Editor tersebut tidak boleh dibiarkan hidup dalam damai," kata si lelaki yang tidak disebutkan namanya, seperti dinukil Alarabiya.net.
Polis menahan lelaki tersebut di sebelah barat Bandar La Rochelle. Polis saat ini sedang membuka siasatan awal atas tuduhan pembunuhan tersebut.
Para pemimpin Islam di Perancis, Jumaat (21/9) lepas menggesa agar tidak melakukan kekerasan dan protes terhadap kartun Nabi Muhammad SAW. Menteri Dalam Negeri Perancis, Manuel Valls menegaskan, akan memberikan hukuman kepada para penunjuk perasaan yang mengadakan demo menentang terbitnya kartun Nabi. Manuel Valls beralasan, demonstrasi akan mengganggu ketenteraman awam.
Terbitnya kartun Nabi Muhammad SAW menambah panas umat Islam dunia, berikutan pengedaran filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Rasulullah SAW. Demonstrasi umat Islam Perancis di Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Paris, sempat pecah hujung minggu lalu. Sekurang-kurangnya 150 penunjuk perasaan digaruk polis.
Meski Pemerintah Perancis melarang demonstrasi, umat Islam Perancis rencananya bakal menggelar aksi protes besar-besaran. Sumber rimanews
Comments