Allahu Akbar! Terbaru,Mujahidin Afghanistan tembak jatuh helikopter NATO di provinsi Zabul

Allahu Akbar, pada hari Isnin (1/10/2012) sebuah helikopter Chinook milik tentera NATO ditembak jatuh oleh Mujahidin Imarah Islam Afghanistan (IIA) di daerah Arghandab di wilayah Zabul ketika pasukan musuh itu pulang setelah melakukan operasi penyerangan, Alemara melaporkan.

Helikopter itu terbakar di udara sebelum akhirnya jatuh ke tanah dan kemudian dilalap api, menewaskan semua tentera dan kru di dalamnya. Menurut saksi mata di tempat kejadian, kawasan jatuhnya Chinook kemudian ditutup dari kawasan awam, sementara helikopter musuh yang lain mendarat di kawasan sekitar untuk mengambil mayat-mayat "korban."

Berkaitan insiden ini, ISAF membantah helikopter pasukannya ditembak jatuh oleh Mujahidin IIA, dengan mengatakan bahawa helikopter itu hanya mengalami "pendaratan kecemasan", tuntutan yang hampir sama setiap kali membantah insiden serupa.

Para pegawai salibis AS dan sekutunya mendakwa bahawa hanya 2000 tentera pimpinannya yang telah tewas di Afghanistan dalam dekad terkini. Namun laporan langsung dari IIA jauh melebihi angka tersebut. Para penjajah memang terkenal dengan sikap membantah dan mengecilkan jumlah korban tewas dan terluka dari pihak mereka untuk menjaga citranya dan pendapat awam dengan maksud memanjangkan pencerobohan di Afghanistan.
Sumber globalmuslim.co.id

Comments