Lelaki Bosnia ini berjalan kaki 5700 km untuk menunaikan Haji

Ibadah Haji memang diwajibkan untuk yang mampu, tapi bukan bererti umat Islam yang tidak mampu dari segi ekonomi tidak berhak mengecap indahnya menunaikan ibadah haji. Tekad itulah yang membuat seorang lelaki asal Bosnia-Herzegovina rela berjalan kaki ke Kota Makkah, Arab Saudi.

Tujuan lelaki bernama Senad Hadzic itu berjalan kaki sejauh 5700 kilometer selama 314 hari, tak lain untuk menunaikan rukun Islam kelima. Setelah melewati beberapa negara, lelaki 47 tahun ini dijangka bakal sampai di Makkah pekan ini.

Seperti dilaporkan dari Al Arabiya, Hadzic bertolak dari Kota Banovici, sebelah timur laut Bosnia Herzegovina, pada Disember tahun lalu. Selama perjalanan, dia melewati enam negara, iaitu Turki, Jordan, Syria, Serbia, Bulgaria, dan terakhir Saudi.

Hadzic menyatakan rela berjalan kaki hingga ke Saudi, kerana dirinya tidak mempunyai cukup wang. Tapi, cintanya yang besar kepada Allah SWT, membuatnya rela berjalan beribu-ribu batu.

"Saya putuskan untuk berjalan kaki ke Arab Saudi dengan wang 200 euro " akuinya.

Selama perjalanan, Hadzic tidur di masjid, sekolah, tempat awam, hingga rumah penduduk tempatan yang menawarkan tempat menginap kepadanya.

subhaanallah...

Comments