Di manakah kedudukan Khurasan?


black_flags_from_khorasan2
Khurasan, dalam hampir semua hadis akhir zaman yang disampaikan oleh Rasululllah SAW, memegang peranan penting. Ini kerana dari Khurasan lah awal bermula akhir zaman. Dimanakan Khurasan berada?

Berdasarkan peta nationmaster, lokasi negeri ini berada di sebelah utara Iran (Parsi), Pakistan (Sijistan) mahupun India (India). Nationmaster menulis: "The older Persian province of Khorasan (also known as the Greater Khorasan) included parts which are today in Iran, Afghanistan, Tajikistan, Turkmenistan and Uzbekistan".

Khurasan adalah sebuah wilayah yang sejak 1400 tahun yang lalu akan muncul para ikhwan imam Mahdi (sahabat yang menyokong imam Mahdi).

Sabda Nabi SAW, "Panji-panji Hitam akan keluar dari arah Khurasan, dan sementara itu kawan-kawan al-Mahdi (pula) keluar menuju ke Baitulmaqdis."

Hari ini dunia mengenalnya sebagai wilayah dengan nama Afghanistan-Tajikistan-Turkmenistan dan Uzbekistan.

Sebuah kawasan yang bergunung-gunung dengan iklim yang esktrim (musim panas yang kering dan musin sejuk yang bersalji), bahkan sering menjadi pusat terjadinya gempa, namun meskipun dianggap sebagai negera termiskin di dunia, orang-orang Afghanistan adalah orang-orang yang mulur dan tangguh 

Terbukti empayar Rusia yang pernah menjajah mereka berjaya mereka kalah kan dan dihalau (ekonomi Rusia defisit akibat perang Afghan).

Walaupun negara tersebut sudah bebas tapi masih dilanda pertikaian antara suku, bahkan pasukan AS dan sekutunya tidak mampu menaklukan pertikaian yang ada.

Meskipun jumlah pasukan dan teknologi yang di turunkan tidak terkira jumlahnya, namun Khurasan seolah tidak boleh dijamah oleh mana-mana tangan menguasainya.

Adakah mereka hanya boleh dikuasai oleh Imam Mahdi?

Sabda Nabi SAW, "Al-Mahdi akan muncul setelah keluarnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, yang mana pasukan ini tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun," (Ibnu Majah).

Sabda Nabi SAW, "Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. "Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & al-Hakim).
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos

Comments

Nikmat Salleh said…
salam bro... setakat yang aku yg jahil ni baca... dajjal & geng dari khurasan... panji hitam dr timur. ada sedikit khilaf sedangkan hadis tu x sebut khurasan secara jelas
Anonymous said…
MAaf tuan kt atas.. cuba perhatikan dgn jelas, hadis di atas jelas mnunjukkn panji hitam keluar dari arah khurasan..(ibnu Majah) - hadis soheh lg.. dajjal n pngikutnya keluar dr barat..
Anonymous said…
Antara Afganistan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan, Negara manakah yg menjunjung Nasab Ahlul Bait atau Nasab Ahli Rumah atau Nasab Matrilineal? Sbb Muhamad ibni Abdullah adalah Putera Ahlul-Bait yg bakal lahir dri Nasab Perut Ibu keturunan Nabi.
Unknown said…
Salam tn2 semua...sy bersetuju bahawa dajjal akan keluar dr khurasan...begitu juga dengan golongan As-Sofyani yg akan mengejar Imam Mahdi dr arah Khurasan... Imam Mahdi keluar dr wilayah Khurasan...tapi persoalannya adakah wilayah yg Rasulullah katakan itu adalah wilayah Khurasan yg sebenar ataupun satu wilayah yg memberikan makna "KHURASAN"....wilayah Khurasan atau wilayah bermaksud khurasan....sbb Allah akan memberikan satu gambaran yg kiasan...dan kebanyakkan org akan menafsir secara direct...dan itu yg Allah mahu org lain fikir...sedangkan Allah mahu menerangkan maksud yg tersirat disebalik kiasannya..."Adalah beruntung pada orang yang berfikir...."....cuba kita renungkan....di dalam kitab Injil...ada mengatakan...nabi akhir zaman bernama Ahmad...begitu juga kitab Taurat....tapi nabi Akhir Zaman yg lahir adalah Muhammad...bukan Ahmad...adakah Allah menipu...masyaAllah...bukan...Ahmad adalah kiasan...sbb maksud Ahmad & Muhammad adalah hampir sama...tujuannya agar org kafir mencari bayi2 bernama Ahmad dan dibunuhnya....bg mengelakkan perkara itu terjadi...maka...perubahan nama perlu tanpa kehilangan maksud tersirat...begitu juga dengan Khurasan...Allah x akan meletakkan seseorang hambanya dlm keadaan yg bahaya...wallahu'aklam
Unknown said…
Tak payah susah2 fikir la. Khorasan tu adalah negeri Parsi, negara yang berada di sebelah timur negara-negara Arab.
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
btul dah tu.. cuma sebelum dia keluar di Khurasan, IMAM MAHDI BERADA DI MANA? KE DIA MUNCUL MACAM OTROMEN GITU . TKDE ASAL USUL