Warga tempatan di salah sebuah kota kecil Arab Saudi terbangun dari tidurnya di tengah malam kerana mendengar suara teriakan seorang lelaki dari speaker masjid.
Lelaki itu berteriak mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi Al Monthathar yang akan menyelamatkan bumi.
Setelah mendengar suara teriakan itu, orang di kawasan tersebut bangun dari tidur dan pergi menghampiri masjid tersebut dan menangkap lelaki misteri itu sebelum menghubungi polis.
Polis datang dan berkata lelaki misteri itu mengalami gangguan jiwa.
"Dia berteriak dengan menggunakan pembesar suara masjid, mengatakan bahawa dirinya ialah Imam Mahdi yang terpilih. Dia meminta seluruh warga tempatan untuk bertaubat, "kata pihak polis tersebut kepada Suratkabar Alsaudi yang dilaporkan okezone, Selasa (29/1/2013).
Warga tempatan berkata, "lelaki itu tinggal di bandar yang sama dengan mereka dan sering mahu menggantikan imam masjid yang sedang hadir untuk memimpin solat berjemaah," tambahnya.
Pada akhir 2012, peristiwa yang sama telah berlaku di negeri pengeluar minyak itu.Seorang lelaki berusia 70 tahun mendakwa dirinya sebagai penyelamat bumi, selepas warga selesai beribadah solat Jumaat lelaki itu ditangkap polis.
Comments