Janet Jackson buat keputusan peluk Islam

Janet Jackson memutuskan memeluk Islam. keputusan Janet ini seiring dengan racangan pernikahannya dengan seorang lelaki kaya Qatar, Wissam Al Mana. Janet dan Wissam akan berkahwin dengan cara Islam di Doha Qatar pada tahun 2013.

Rakan karib Janet yang juga penulis berasal dari Turki, Adnan Oktar memastikan khabar bahawa adik dari Michael Jackson ini telah memeluk Islam. Menurut Oktar, Janet telah memeluk Islam sekitar setahun lalu. "Namun hal ini dirahsiakannya di depan peminatnya," begitu pernyataan Oktar yang dikutip laman Emirates 247.

Kabar Janet yang memeluk Islam memang telah bertiup sejak setahun lalu. Sebuah media Britain sempat memuatkan foto Janet yang mengenakan hijab.

Islam sendiri bukan hal yang baru bagi Janet. Sebelumnya kakak Janet, Jaremaine Jackson lebih dahulu memeluk Islam.

Selain khabar tentang keputusannya menjadi muallaf, Janet juga menarik perhatian dunia dengan pernikahan super mewahnya. Khabarnya, Janet dan Wissam akan menerbangkan terus 500 orang tetamu pernikahannya dari Amerika ke Doha. Bayaran yang dikeluarkan kedua-dua pasangan ini untuk menjemput tetamu ditaksir mencapai tiga juta dolar Amerika.

Sebagai ucapan terima kasih, pasangan ini akan menghadiahkan kepada tiap tetamu sebuah jam Rolex bernilai 10 ribu dolar. Laman Emirates 247 mendakwa bahawa pernikahan Janet akan menjadi salah satu yang terakbar yang pernah ada.

Comments

Anonymous said…
Tak lama lepas tu bercerai.... peluk Islam bukan kerana agama Islam, tetapi kerana kebendaan....
Anonymous said…
kakak dia ????????

abang dia tu Jermaine Jackson...
tok arab kaya???hemmmm...no komen janet oi...
krupkraps said…
Knp tak guna nama Harun Yahya? Nama Adnan Oktar tk ramai org kenal...
Unknown said…
AkhirZaman...ramai org.terkenal dunia masuk islam...tidak semesti krn $...ia krn dpt HIDAYAH dr.ILLAHI.