Pihak Berkuasa Penjajahan Israel (IOA) membenarkan 56 warga Palestin mengunjungi keluarga mereka yang ditahan di penjara-penjara IOA, di padang pasir Nafha.
Jurucakap Palang Merah di Gaza, Arwa Mihana mengatakan bahawa 56 warga Palestin pergi melakukan kunjungan melalui persimpangan Erez, Isnin pagi (11/02/2013).
IOA membenarkan keluarga tahanan untuk lawatan sebagai cara untuk menamatkan aksi mogok lapar besar-besaran di penjara IOA mengikut perjanjian yang berlaku antara pemimpin tahanan dan pihak berkuasa penjara Isarael.
Diterjemah dari sumber islampos.com
Comments