Konflik Syiah Hizbullah perkosa dua gadis nasrani

Konflik dalaman kembali berlaku dalam barisan penyokong rejim Basyar Assad. Aktivis Syria mendapat berita dari tentera rejim yang bertugas di bandar Qusayr, telah berlaku insiden tembak menembak antara anggota Hizbullah dengan warga tempatan yang beragama Kristian.

Konflik tersebut dicetuskan oleh anggota Hizbullah yang menculik dan memperkosa dua gadis nasrani. Setelah melampiaskan nafsu serakah mereka, anggota Hizbullah tersebut meninggalkan kedua mangsa begitu saja.

Abu Huda Al-Himsi berkata seperti yang disampaikan oleh aktivis tempatan, keluarga dua gadis tersebut tidak dapat menerima dan memarahi Hizbullah.

"pertengkaran antara anggota Hizbullah dengan warga nasrani tempatan berubah menjadi insiden tembak menembak. Dalam insiden itu, 2 tentera Syria terbunuh ketika berusaha untuk meleraikan pertelingkahan yang berlaku. Bahkan, seorang tentera Hizbullah berani memukul seorang tentera rejim berpangkat kolonel di depan penduduk Qusayr, "kata Abu Huda kepada Orion News semalam.

Pihak tentera Syria yang berada di Qusayr juga tidak menerima sikap angkuh kumpulan Hizbullah. Mereka menghalau pasukan syiah berasal dari Lebanon tersebut dari markasnya yang berada di wilayah Al-Jawwadiyah. Tidak hanya itu, tentera Syria menghujani wilayah tersebut dengan roket selama lebih kurang 2 jam.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber muslimina.blogspot.com

Comments

abu bakar said…
berita lawak,antara bangsa kalau boleh buat mutaah kenapa nak rogol atau buat jihadsex saja
dogolll said…
abu bakar bahalol mutaah hanya sesama syiah , yg dirogol tu gadis nasrani bodah.
anti munafik said…
berita palsu mcm ni org munafik memang suka sebarkan,si munafik ni sentiasa aje suka sebarkan fitnah
Anonymous said…
kenapa la membenci sgt pada hizbullah...dakyah sapela smpi membenci sgt...kau ada disana ke menyaksikan kemunafikan mereka? atau kau antara mereka yg bertopengkan Islam tapi berniat nak memecahkan sesama Islam. Sepatutnya kita sesama Islam mendamaikan...bukan menambah bibit perpecahan. Satu lagi...berapa byk gambar amoi2 cina yg pegang bendera PAS semasa PRU13.....adakah itu menunjukkan PAS pun munafik? Jgn mudah terpengaruh dgn berita2 yg kita sendiri tak dpt nak pastikan.