Ada sebuah wilayah di utara Madinah yang merupakan kawasan pelancongan bagi penduduk Madinah di balik Gunung Uhud iaitu kira-kira 25 kilometer utara kota Madinah. Rakyat tempatan ke sana kebiasaannya menjalankan aktiviti berkhemah. Tapak perkhemahan adalah padang pasir dengan pohon dan beberapa pokok-pokok renek yang dikelilingi oleh bukit batu.
Penduduk Madinah yang mahu melakukan perkhemahan atau sekadar berjalan-jalan biasanya membawa khemah sendiri.. Mereka juga membawa makanan sendiri.
Kawasan ini juga merupakan kawasan tersubur di Madinah, selain di Quba. Jalannya juga berliku, berbeza dengan jalan-jalan raya kebanyakan di sini yang lurus. Kurma terbaik di Semenanjung Arab seperti kurma Nabi atau Kurma Ajwa juga tumbuh di sini. Buah kurma dinamakan kurma nabi kerana diyakini pohon kurma tersebut dahulu ditanam oleh Rasulullah SAW.
Selain tempat yang terkenal menghasilkan buah kurma yang bermutu, ramai orang percaya bahawa di kawasan ini terdapat sebuah medan magnetik yang sangat kuat dan besar.
Fenomena alam yang luar biasa ini boleh dirasai sepanjang lima kilometer. Jalan ini berakhir di lima deret bukit yang mengelilingi wilayah tersebut. Jalannya turun naik. Namun kenderaan yang menuju jalan yang perlu berdaki hanya boleh bergerak pelahan, seolah ada yang cuba menahan pergerakan kenderaan tersebut. Sebaliknya, dari arah menuruni bukit walaupun jalannya tidak menurun tetapi semua kenderaan akan bergerak lebih cepat bahkan boleh mencapai 120km/j walaupun dalam keadaan free gear. Bahkan kenderaan yang dalam keadaan enjin yang tidak dihidupkan boleh mencapai kelajuan tersebut.
Medan magnet ialah kawasan sekitar magnet dipengaruhi oleh daya magnet. Di bumi ada beberapa tempat yang mempunyai medan magnetik seperti Jabal Magnet di Madinah. Sekarang kita akan melihat apa yang medan magnet sebenarnya dari 3 dimensi eksperimen bidang magneric.
3 Dimensi Magneric Feld Eksperimen
Bahan yang perlu disediakan:
Botol plastik, minyak putih, pasir besi, magnet heksagon atau segi tiga, sudu kecil
Langkah:
Mengisi botol plastik dengan minyak putih sehingga penuh.
Letakkan besi pasir sedikit. Tutup penutup botol dengan ketat.
Goncang botol dan tahan botol terhadap magnet dinding
Pemerhatian:
Pasir besi membentuk corak yang tersendiri.
Kesimpulan:
Setiap magnet berbentuk memilih garisan medan magnet tenaga magnet. Minyak putih berguna untuk memperlahankan gerakan pasir besi supaya pasir besi tidak terus jatuh ke bawah botol selepas digoncang dan membolehkannya untuk ditarik oleh magnet untuk membentuk garis daya magnet.
Comments