1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"
*sumber dari facebook.com
Comments
1. Masalahnya la ni isteri bagi makan mnum suami.
2. Sebelum isteri menyediakan makanan suami, suami kena bwak balik makanan yg di masak.
3. Suami hanya tahu nak berjimak ikut suka hati siang malam. Tapi jadi imam solat pada anak2 dan isteri x mampu.
4. Bila isteri hamil suami mendajal cari perempuan lain.
Detik islam sepatutnya menyelami perangai lelaki bersetatus suami yg pemalas cuma mahukan seorang isteri setaraf Saiyidina Khatijah tapi diri sendiri macam setan.
Laksana kan tanggungjwb tuan keatas suami2 x bertanggung jwb. Jangan cari salah perempuan. Jangan nak syorkan perempuan buat itu ini.