Perang Teluk 1991: Lebih 3000 Tentera Amerika Masuk Islam Di Tangan Pemain Gitar

Jika pada tahun 1970 an, anda hanya mengenali Jimmy Hendrix, Brian May, atau Robert Plan dalam dunia muzik rock sebagai pemain gitar yang hebat atau mungkin ketika itu anda tengah belajar gitar, Bilal Philips juga seorang pemain gitar yang hebat.

Semasa menjadi mahasiswa di Universiti Simon Frasier, Vancouver di Kanada, Philips bermain gitar untuk persembahan muzik di kelab-kelab malam. Pernah tinggal di Malaysia dan membuat persembahan di pentas-pentas.

bilal philips 490x326 Di Perang Teluk 1991, Mualaf Mantan Dewa Gitar Islamkan Tiga Ribu Tentara Amerika
Bilal Philips

Tapi Philips merasa kosong dalam kehidupannya. "Begitu saya menjadi seorang muslim, saya merasa tidak selesa melakukan itu semua dan saya memutuskan berhenti bermain muzik secara peribadi mahupun secara profesional, " katanya .

Philips memutuskan masuk Islam pada tahun 1972. Proses masuk Islamnya tidak mengambil masa yang lama. Hanya enam bulan saja setelah membaca buku-buku Islam dan berdiskusi tentang Islam.

Setahun selepas mengucapkan dua kalimah syahadah, Philips mendaftarkan diri dalam jurusan pengajian Islam di Universiti Islam Madinah di Arab Saudi. Tujuannya adalah dia ingin mempelajari Islam dari sumber asalnya, bukan dari amalan budaya.

Sambil menghadiri kuliah di Saudi, Philips bekerja di jabatan agama markas besar Tentera Udara Arab Saudi di Riyadh. Ketika itu sedang berlaku Perang Teluk pada tahun 1991 . Dia mempunyai pekerjaan utama iaitu mengajar agama Islam untuk pasukan AS di pengkalan-pengkalan tentera mereka di Bahrain dan di wilayah bahagian timur Arab Saudi.

"Kerana gambaran tentang Islam begitu diputarbelitkan di Amerika, selepas perang, saya dan lima orang Amerika lain terlibat dalam projek untuk menghilangkan keraguan terhadap agama Islam pada kira-kira setengah juta pasukan AS yang ada di kawasan Teluk. Hasilnya, lebih dari 3000 tentera AS akhirnya masuk Islam" terang Philips.

Dia kemudiannya pergi ke Amerika untuk membantu memberikan bimbingan rohani bagi para tentera yang baru masuk Islam. Dengan bantuan organisasi " Muslim Members of the Miltary ( MMM ) " , dia menganjurkan berbagai persidangan dan aktiviti yang berjaya mendesak tentera AS untuk membina kemudahan-kemudahan surau di seluruh pangkalan-pangkalan tentera. Kerajaan AS juga bertanggungjawab untuk meminta komuniti Muslim dan melantik ulama yang akan menjadi pembimbin rohani bagi tentera muslim di AS.

"Beberapa tentera Perang Teluk yang masuk Islam, pergi ke Bosnia untuk memberikan latihan pada rakyat Bosnia dan ikut berjuang bersama mereka melawan kekejaman tentera Serbia, " kata Philips.

Sebelum masuk Islam, Philips adalah seorang Kristian. Dia lahir di Jamaica pada tahun 1947. Kedua orang tuanya adalah guru dan salah seorang datuknya adalah seorang pendeta.

Sekarang setelah menjadi Muslim, Philips berkata tidak mempunyai masa cuti. "Betapa sedikit masa yang ada dan berapa banyak pekerjaan yang harus dilakukan untuk Islam " tegasnya. 

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Comments