Juri The X Factor Derma $150 Ribu Dolar Kepada Tentera Israel



Simon Cowell, selaku eksekutif syarikat Sony BMG dan terkenal sebagai juri di pencarian bakat, telah dikritik di media sosial oleh aktivis pro-Palestin kerana menyumbangkan dana sebanyak 150 ribu dolarkepada Pasukan Pertahanan Israel Bersekutu (FIDF). 

FIDF ditubuhkan oleh mangsa Holocaust pada tahun 1981. Dalam laman webnya, badan ini menawarkan cinta, sokongan dan rawatan para tentera Israel dalam usaha untuk meringankan beban mereka membawa atas nama komuniti Yahudi di seluruh dunia. 

Dana di Beverly Hills yang dianjurkan oleh TV mogul Haim Saban, telah berjaya mengaut jumlah bantuan lebih dari 20 juta dolar untuk FIDF dari 1000 tetamu. 

Cowell yang juga terkenal sebagai 'pencipta' acara The X Factor ini, telah diserang dengan gambar karikatur anak-anak Palestin yang gugur oleh tentera Israel dan dia dianggap telah menyokong serangan Israel di Gaza. 

Salah satu gambar yang menunjukkan empat anak-anak Palestin yang gugur di pengusung, mendapat kritikan dari seorang pengguna Tweeter bernama LeeMa. Dia mengatakan kepada Cowell: "Tangan anda telah berlumuran darah anak-anak Palestin."

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Comments