Banyak yang menuduh para pemimpin Hamas hanya berfoya-foya dan bersenang-lenang sementara prajuritnya pergi berperang.
Suatu ketika, seluruh pasukan Brigade Izzudin Al-Qassam iaitu sayap pejuang Hamas berhimpun didalam terowong. Mereka diminta membuka penutup wajah masing-masing (mereka selalu memakai penutup wajah ketika keluar. Ini sesuai dengan nasihat Sheikh Ahmad Yasin agar mereka terhindar dari penyakit riya’).
Ketika diminta membuka penutup wajah itu, ada seorang yang enggan melakukannya. Sehingga semua pasukan memaksanya untuk membuka penutup wajahnya, akhirnya dia terpaksa membukanya.
Setelah penutup wajah terbuka dan wajahnya kelihatan. Maka menangislah seluruh pasukan Brigade Al-Qassam ketika itu. Ternyata, orang itu sebenarnya adalah Perdana Menteri mereka sendiri iaitu Ismail Haniya. Ya, perdana menteri Palestine sekaligus pemimpin tertinggi HAMAS. Beliau meninggalkan pejabatnya untuk bertempur bersama pasukan dan rakyatnya, tanpa ada yang mengetahuinya.
Subhanallah. Allahu Akbar !
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber dari
peribadirasulullah.wordpress.com
Comments