Rakyat Israel Diancam Penyakit Diabetes Selepas Perang



Akhbar Israel, Ha'aretz mengeluarkan berita kepedihan yang dialami oleh pasukan Israel pasca pencerobohan ke Gaza yang lalu. Haaretz melaporkan, jangka masa setahun selepas serangan rejim ke atas Gaza akan muncul pelbagai penyakit dan gangguan kesihatan yang kini sukar dipastikan kalangan rakyat di Israel. 

Baru-baru ini jumlah pesakit kencing manis di wilayah selatan Israel telah meningkat dan menjadi salah satu kesan yang diramalkan akan berlaku. 

Dalam laporannya, gangguan kesihatan yang dialami oleh rakyat Israel adalah akibat keadaan panik yang menyelimuti mereka yang tinggal di penempatan-penempatan haram Yahudi dan bandar-bandar berdekatan Gaza. Mereka panik setelah wilayah-wilayah tersebut dihujani dengan roket-roket para pejuang Gaza. 

Ha'aretz melaporkan para doktor tahu kemurungan dan tekanan psikologi mungkin menjadi sebab penyakit kencing manis menjangkiti mereka atau mereka berketurunan penyakit ini. Golongan mereka berpenyakit ini sangat ramai di Israel. 

Ramai pesakit kencing manis memberitahu bahawa gejala penyakit ini mula menyerang apabila mereka tertekan. 

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Comments