TERKINI ISU ISIS: Kongres AS Sudah Sediakan Dana Perang Untuk Obama

Mungkin Ambang Perang Akhir Zaman

Ahli Kongres AS bersetuju untuk menyediakan dana khas untuk aktiviti ketenteraan di wilayah Iraq bagi menyokong dasar kerajaan Obama untuk memerangi ISIS, dalam keputusan yang dikeluarkan hari Isnin lalu (08/09). 

Dalam keterangan di hadapan wartawan, Kongres AS menyatakan sokongan penuh dasar kerajaan Obama untuk memerangi ISIS tanpa melalui perundingan dengan Kerajaan Pusat sesuai dengan Resolusi Perang tahun 1973. 

Perlu diketahui bahawa dalam Resolusi Perang tahun 1973 menyatakan bahawa Presiden AS perlu berunding dengan Kongres sebelum melancarkan perang atau meminta persetujuan kongres dalam masa 2 bulan selepas menyatakan perang. 

Presiden Barack Obama sendiri dijadualkan mengadakan perbincangan dengan pemimpin parti Republik dan Demokrat pada hari Selasa (09/09) dan akan berpidato secara umum didepan warga Amerika Syarikat hari ini (10/09). 

Selain Obama, Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry dikhabarkan telah memulakan lawatan ke beberapa negara Timur Tengah hari Selasa (09/09) lalu, untuk membentuk pakatan antarabangsa menghadapi ISIS di wilayah Iraq dan Syria.


skrip lama tahun 2001 Al-Qaeda,  WTC kemudian perang

Comments