Rasulullah Tidur di Depan Pintu

AISYAH RA mengerti betul keperibadian suaminya, Rasulullah SAW. Hidup dalam suasana keluarga memberinya kenangan indah yang kaya dari sikap keseharian utusan Allah itu. Nabi tidak pernah mengeluh walaupun hidup serba kekurangan. Hatinya sangat lapang.

Pernah Nabi tidak menjamah makanan apapun untuk sarapan di meja dapur Banginda. Seketika Nabi berniat puasa untuk hari itu. Begitulah. Rasulullah tidak ingin menjadi beban orang lain, termasuk keluarganya sendiri. Nabi bahkan selalu memanggil Aisyah dengan sapaan mesra "ya humaira" (wahai pemilik pipi kemerah-merahan).

Pengalaman lain yang tetap membekas di hati Aisyah adalah "peristiwa di awal pagi".

Suatu hari Aisyah dicengkam rasa bimbang. Hingga menjelang subuh dia mendapati Baginda tidak tidur di sebelahnya.

Dengan gelisah Aisyah pun cuba berjalan keluar. Ketika pintu dibuka, Aisyah terkejut. Rasulullah sedang tidur di depan pintu.

"Mengapa Nabi tidur di sini?" tanya Aisyah.

"Aku pulang larut malam. Kerana bimbang mengganggu tidurmu, aku tidak sanggup mengetuk pintu. Itulah sebabnya aku tidur di depan pintu, "jawab Nabi.

Dengan demikian, tidak pelik, setiap kali Aisyah ditanya soal keperibadian Nabi, dia selalu menjawab tegas, kana khuluquhu al-Qur'an. Akhlaknya tak ubahnya al-Qur'an! Subhanallah!


Comments