Raja Faisal adalah ketua negara Arab Saudi yang paling menyerlah hingga kehari ini. Baginda pernah dinobatkan sebagai Man of the Year 1974 oleh majalah TIME, sebuah media massa terkemuka di Amerika Syarikat. Namun penobatan itu bukan kerana Raja Faisal disenangi oleh Amerika, tapi sebaliknya dia adalah orang yang pernah menyerang pemerintah Amerika, bahkan hampir membuat negara itu lumpuh akibat embargo minyak yang dilakukannya.
Nama penuh beliau adalah Faisal Ibnu Abdul Aziz Ibnu Abdul Rahman Ibnu Faisal As-Saud. Ia dilahirkan pada bulan April 1906. Raja Faisal adalah putera Raja Abdul Aziz ibnu Saud pengasas dinasti Saud di Jazirah Arab, sekaligus pengasas Kerajaan Arab Saudi pada tahun 1932.
Raja Faisal juga dari keturunan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab, yang dikatakan pengasas Wahabiyah, melalui ibunya. Wahabi adalah suatu gerakan reformasi dan penulenan keagamaan Islam yang menjadi penyokong utama Raja Abdul Aziz ketika mendirikan Kerajaan Arab Saudi.
Pendidikan Raja Faisal asasnya adalah pendidikan agama. Di dalam keluarganya dia yang paling menonjol. Debat pertamanya adalah ketika di usia remajanya, iaitu ketika berumur 13 tahun, Raja Faisal berkesempatan menjadi orang pertama dalam keluarganya yang mengunjungi Britain dan Perancis, selepas Perang Dunia I. Di sana baginda dianugerahkan pingat St. George dan pingat St. Michael dari Raja United Kingdom.
Pada umur 16 tahun Raja Faisal telah diberi kepercayaan untuk menjadi pemimpin sebuah ekspedisi untuk menumpaskan pemberontakan sebuah suku di Asir, bahagian Selatan Hijaz. Kemudian pada umur 19 tahun baginda menjadi komandan pasukan yang menawan kota Jeddah dari suku Hashemit, rival dinasti Arab Saudi.
Ayahnya menabalkan Raja Faisal menjadi Raja Muda Hijaz pada tahun 1926. Setelah itu pada tahun 1930 ia dilantik menjadi menteri luar negara. Raja Faisal mencapai puncak karier ketenteraannya pada tahun 1934 dengan kenaikan pangkat yang cepat setelah menawan pelabuhan Hoderida sewaktu perang singkat melawan Yaman.
Baginda pergi ke Amerika Syarikat untuk pertama kalinya pada ketika bermulanya Perang Dunia II. Raja Faisal kembali setelah perang itu berakhir tahun 1945. Baginda turut serta dalam peristiwa penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) di San Fransisco pada 24 Oktober 1945 sebagai wakil Arab Saudi.
Ketika ayahnya, Raja Abdul Aziz, wafat pada tahun 1953, abang Raja Faisal yang bernama Saud menggantikannya. Raja Faisal menjadi putera mahkota Saud. Setahun kemudian pada tahun 1954, Raja Faisal dilantik menjadi Perdana Menteri Arab Saudi.
Satu krisis kewangan pemerintah yang parah pada tahun 1958 mendorong pengalihan kekuasaan pemerintahan secara penuh kepada Raja Faisal. Sehingga Raja Saud hanya sebagai simbol negara sahaja.
Pada tahun 1964, akhirnya Raja Saud diturunkan dari tahtanya, digantikan oleh Raja Faisal. Raja baru ini kemudian bekerja dengan penuh semangat untuk menyatukan dunia Islam dan dunia Arab, sehingga menjadi pemimpin yang menonjol di dunia Islam dan Arab.
Salah satu peranan pentingnya adalah turut mempelopori lahirnya OIC. Ini didorong oleh keinginannya yang kuat untuk mempersatukan dunia Islam dan mempereratkan ukhuwah Islamiyah.
Raja Faisal terkenal sebagai raja yang soleh dan sangat mengambil berat kesejahteraan rakyatnya. Salah satu langkah awal dari program Raja Faisal untuk mensejahterakan rakyatnya adalah me-'rumah'-kan rakyatnya. Hal ini kerana majoriti rakyatnya adalah orang-orang Badwi yang memiliki pola hidup secara nomad (berpindah-pindah tempat tinggal) di padang pasir. Raja Faisal berpendapat cara hidup seperti ini susah untuk membuat rakyat sejahtera.
Untuk itu Raja Faisal membangunkan prasarana seperti jalan beraspal(tar), perumahan buat yang layak dan membuka lapangan pekerjaan di berbagai bidang untuk seluruh rakyatnya. Raja Faisal juga membuat pembaharuan dalam bidang pendidikan. Sebelum beliau menjadi pemerintah, perempuan tidak diberi kesempatan untuk memasuki sekolah. Sejak zaman pemerintahan Faisal wanita telah digalakkan untuk bersekolah. "…untuk pertama kali kita mengalakkan anak-anak perempuan untuk belajar di sekolah negeri," kata Raja Faisal, dipetik dari majalah National Geographic, edisi Januari 1966.
Dengan pembinaan jalan-jalan aspal (tar) moden di gurun-gurun pasir Arab Saudi maka perjalanan di gurun menjadi jauh lebih singkat. Sebuah perjalanan yang sebelum ini ditempuh 3-4 hari menjadi hanya 6-7 jam. Sudah tentu suasana ini mampu menggerakkan ekonomi negara. Lalu lintas pun jadi semakin ramai. Gudang-gudang, apartmen-apartmen, dan hotel-hotel berdiri dalam waktu singkat. Pemandangan itu mendominasi langit Makkah, Madinah, Jeddah, dan Riyadh.
Pada masa awal pemerintahan Raja Faisal itu pula ditemui kawasan-kawasan minyak baru di perairan Arab Saudi, terutama di kawasan pantai kota Dahran. Penemuan ini jelas memberi impak positif bagi program pembangunan yang dicanangkan oleh Raja Faisal. Penemuan emas hitam itu membenarkan janji Allah dalam Al-Quran,surah al-A’raaf, 7: 96 "Jika penduduk suatu negeri beriman dan bertakwa, Allah akan menurunkan berkah dari langit dan bumi."
Sejak itu Arab Saudi menjadi negara dengan sumber minyak bumi terbesar di dunia. Seluruh Timur Tengah pada tahun 1968 menghasilkan 3,8 tong minya pertahun, terbesar di dunia. Cadangan minyak yang belum digali ada 248 tong. Saingan terdekatnya adalah Afrika yang kawasan minyaknya 42,5 tong minyak.
Keadaan itu menjadikan negara-negara di kawasan Timur Tengah mempunyai posisi tawaran tinggi dalam politik ekonomi minyak melawan Soviet Union dan Amerika. Inilah yang disebut senjata minyak, kerana jumlah penggunaan minyak tertinggi adalah negara-negara industri iaitu Amerika, Jepun dan benua Eropah.
Dalam perang Enam Hari antara negara-negara Arab melawan Israel pada bulan Jun 1967, Arab Saudi tidak melibatkan tenteranya. Namun pemerintah negara itu memberikan subsidi ekonomi yang tinggi kepada negara-negara Arab yang memerangi Israel, iaitu Mesir, Jordan dan Syria.
Pada Perang Yom Kippur tahun 1973, perang besar kedua antara Arab Israel, Arab Saudi kembali mengambil peranan besar dalam mewarnai perang itu. Perang itu disebut Perang Yom Kippur kerana peperangan itu terjadi pada hari raya umat Yahudi, Yom Kippur. Kadangkala disebut juga Perang Badar Baru kerana terjadi pada bulan Ramadhan.
Berkat bantuan itu, pasukan Mesir yang terdiri dari sukarelawan Ikhwanul Muslimin dan tentera biasa Mesir telah memperoleh kemenangan yang gemilang. Pasukan Israel terpaksa berundur ke tepi timur Terusan Suez dan berundur dari sebahagian Semenanjung Sinai.
Kemenangan ini juga berkat strategi yang hebat. Pada ketika pasukan Mesir menyerang dari arah Barat, pada waktuyang sama tentara Iraq dan Jordan menyerang dari arah timur, tentara Syria dan Lubnan dari arah utara, serta mujahidin Palestin dari dalam kota-kota di wilayah penjajahan Israel. Sebahagian besar peruntukan kewangan untuk perang ini ditanggung oleh Arab Saudi.
Oleh kerana Amerika Syarikat dan negara-negara industri Eropah menjadi pembantu penuh Israel, Raja Faisal kemudian menggunakan minyak sebagai salah satu senjata perangnya. Ia memimpin embargo minyak kepada negara-negara Barat.
Akibatnya industri dan pengangkutan di negara Barat menjadi lemah dan Amerika terpaksa menghentikan sementara bantuannya kepada Israel. Untuk mengatasi krisis minyak ini, Presiden AS Richard Nixon telah campur tangan secara lansung. Beliau segera mengunjungi Raja Faisal di negaranya pada bulan Jun 1974 dan memintanya menghentikan embargo minyak dan perang Arab-Israel. Dengan penuh izzah Raja Faisal berkata, "Tidak akan ada perdamaian sebelum Israel mengembalikan tanah-tanah Arab yang dirampas pada tahun 1967!" Alhasil Nixon pulang ke negaranya dengan tangan kosong.
Penolakan itu jelas membuat Amerika merasa geram. Dalam diam mereka telah merancang sebuah operasi untuk menyingkirkan Raja Faisal. Pada tarikh 25 Mei 1975 Raja Faisal telah mangkat akibat dibunuh oleh anak saudaranya sendiri di istananya. Siasatan rasmi menyatakan pembunuhan itu dilakukan oleh anak saudaranya sendiri (tanpa campur tangan asing). Namun ramai yang yakin Amerika dengan CIA berperanan menjadii dalang pembunuhan tersebut.
Selamat jalan wahai raja yang adil dan berani. Semoga Allah menempatkan engkau bersama para syuhada di syurga-Nya. Wallahu a'lam bish-shawab.
Comments