Dia datang mengadap Allah, sembahyang dia bawa, puasa ramadan dia bawa, zakat dia bawa tak tinggal. Dia ini macam kita. 40 tahun puasa. 40 tahun sembahyang. Nabi kata dia sembahnyang, dia puasa, dia mengeluarkan zakat, dia pergi haji, dia baca Al-Quran. Tapi Nabi kata, semasa dia hidup di dunia dulu harta orang dia ambil, sawah bendang untuk semua dia guna untuk dia seorang. Ladang kelapa sawit untuk kegunaan adik beradik dia ambil. Ada emas segenggam untuk dibahagikan, dia simpan dekat dia. Waktu emak dia meninggal dia yang sempat ambil.
Sembahyang tidak tinggal, puasa tidak tinggal, zakat tidak tinggal tetapi ambil hak orang. Semua yang Nabi sebut dosa-dosa ini dilihat satu persatu semuanya berkait dengan hak orang lain. Bunuh orang, fitnah orang, sakitkan hati orang. Akhirnya diambil pahala amalan dia, apa yang Allah buat, pahala dia diambil dan dibagikan kepada orang yang dia dianiaya. Bagi dan bagi sehinggalah habis pahala dia.
Nabi kata semua pahalanya diberikan pada orang yang dianiaya sehingga habis dan Allah Ta'alla mengarahkan ambil dosa orang yang dianiaya itu mengikut banyak mana dosa ke atas orang itu pindah kepada dia. Kalau 20 tahun? kita rosak dan musnahkan maruah dia. 20 tahun yang lalu sampai hari ini semua orang buruk sangka dengan dia. Berapa banyak Allah nak pindahkan masuk pahala kepada orang yang dia aniaya? jawapannya 20 tahun. Tidak habis kah pahala? habis. Nabi kata habis.
Jangan cari masalah dengan orang. Allah Ta'alla tidak akan maafkan kamu sehingga orang itu maafkan kamu sendiri. Jangan cari pasal dengan orang, Subhanallah. Nabi kata sehingga dia jadi ahli neraka. Walaupun mati tidak pernah syirikkan Allah. Walaupun mati tidak pernah tinggalkan sembahyang, walaupun mati tidak pernah tinggalkan puasa ramadan..jaga-jaga. Nabi kata, akhirnya semua pahalanya habis dipindahkan kepada orang yang dianiaya, pindah pula dosa orang yang dia aniaya itu sehingga bergunung-ganang dosa yang dia himpun. Dosa orang tetapi masuk dalam akaun dia. Apabila habis pahala dan menghimpun dosa, ahli apakah lagi? (ahli syurga atau ahli neraka?) - Kuliah Ustaz Wadi Annuar
Comments