Muncul Fitnah ke-3 Sehari Sebelum Kemunculan Dajjal

 



Ketika berakhirnya fitnah yang kedua, sarra ini. Maka bermula lah fitnah yang ketiga. Fitnah yang ketiga ini lah sehari sebelum kemunculan dajjal, fitnah ketiga. Nama fitnah ni tuan-tuan, fitnah duhaima. Kata Rasulullah, fitnah duhaima ini akan kena seluruh manusia, islam dan kafir. Mukmim yang sebenar pun kena fitnah ini, orang biasa lagi-lagi lah terkena fitnah ini. 

Ketika mana mereka menghadapi fitnah yang gelap gelita ini, mereka mula meninggalkan ajaran islam dan mereka mula meninggalkan ibadah. Ketika fitnah duhaima ini berlaku, pagi itu seorang daripada kamu islam, petang itu dia sudah murtad daripada islam, petang itu murtad..atau pun Nabi kata petang itu dia masih islam pagi esok dia bangun berkeadaan dia sudah pun murtad. Pagi islam, petang murtad..petang islam pagi esok murtad. 

Kata Rasulullah ketika itu dinamakan fitnah duhaima. Kemuncak kepada fitnah duhaima, kalian akan melihat seluruh umat islam akan terpecah menjadi dua bahagian yang terang, satu pasukan mukmin, satu bahagian satu kumpulan semua orang islam. Tiada seorang pun munafik dan tiada seorang pun fasik. 

Dan tuan-tuan akan tengok ketika itu, hari itu atau keesokan harinya sebelum dajjal keluar akan terbahagi kepada pasukan yang kedua dengan jelas, pasukan kedua itu kata Nabi kumpulan orang-orang kafir, kumpulan orang-orang munafik, seorang islam pun tiada di situ. Ketika mana kalian terbahagi kepada dua, kata Nabi maka tunggu lah dajjal..hari itu atau pun keesokan harinya. - Kuliah Ustaz Wadi Annuar

Comments