Harta Yang Ada Masih Tak Cukup Kecuali Tanah - Ustaz Muhaizad



Bayarkan segala hutangku, bayarlah hutangku dengan manusia, hutang dengan Mu Ya Tuhanku dan kayakan aku dari sifat fakir. Kadang-kadang ada orang yang mempunyai simpanan 100 ribu tetapi masih mahu tambah lagi. Duit sudah banyak, hendak lagi duit dari orang susah. Orang susah ini ada duit 50 sen, hendak lagi duit dari orang susah ini padahal duitnya sudah banyak dan ini kita panggil sifat fakir.

Manusia yang masih tidak cukup apa yang ada seperti ini adalah teruk sifatnya. Kita mesti minta kaya daripada sifat itu. Maksudnya sifat macam mana? Ada orang yang tidak kaya, biasa-biasa sahaja tetapi dia rasa cukup. Bagi orang mempunyai sifat rasa cukup, itu lah kaya sebenar. Nabi kata tidaklah kaya itu kerana banyaknya harta tetapi kaya yang sebenar adalah kaya jiwa.

Orang yang hanya ada duit RM10 tetapi dia, isteri dia, anak-anak dia masih senyum, bersyukur dengan apa yang ada. Ada orang bawa balik duit 15 ribu dengan bermuka masam sebab masih tidak cukup. Ini lah dipanggil sifat fakir. Dalam keadaan hidup kita susah dalam musim PKP ini, minta lah dengan Allah supaya jiwa kita jadi kaya. Dapat sedikit pun Alhamdulillah. Ketenangan dan rasa cukup ini bukan terletak pada benda tetapi ketanangan dan rasa cukup ini ada pada hati kita sebenarnya.

Jika manusia itu mengikut nafsunya, kata Nabi Muhammad SAW, sudah diberi emas sebesar gunung tetapi manusia akan minta gunung emas yang kedua. Itu lah tabiat manusia dengan sifat yang tidak cukup. Maka tidak ada yang dapat mencukupkan manusia kecuali tanah. Apabila disumbatkan tanah di dalam mulut ketika mati, masa itu dia akan berkata cukuplah. Masa itu lah dia berkata hendak tambah amalan, berzikir, nak hadir majlis ilmu, nak tutup aurat, nak taat kepada suami.

Comments