Setiap ujian ada 3 tanda.
Pertama, Allah masih sayang orang itu. Ujian bersamaan dengan rahmat dan kasih Allah. Ada orang Allah bagi dia senang, sakit pun tidak. Orang yang langsung tidak diuji oleh Allah ialah orang yang telah pun tidak dipandang oleh Allah SWT. Itu bahaya, ulama kata hati-hati jangan sampai Allah tak uji langsung. Bukan kita minta mudarat dan bala tetapi hati-hati. Ujian sama dengan rahmat dan ingatan Allah kepada kita. Tiap-tiap kali kena uji kena ingat Allah masih sayang.
Kedua. Setiap ujian menghapuskan dosa lama.
Ketiga. Setiap ujian tugas dia ialah untuk mengangkat seseorang, kedudukan seseorang di sisi Allah SWT.
Comments